Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji] | کجي

Definisi : sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ji] | کجي

Definisi : tidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
despicableadj 1. (of person) bersifat /hina, keji/: a ~ character, orang yg bersifat keji; 2. (of deed, behaviour, etc) keji, hina: a ~ act, perbuatan yg keji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
base2adj 1. despicable, keji, durjana, terkutuk: ~ conduct, kelakuan yg keji; ~ motives, tujuan-tujuan yg keji; 2. (of coin) loyang: ~ coin, duit loyang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beneath~ contempt, /amat, terlalu/ keji: his words were ~ contempt, kata-katanya amat keji; ~ o’s dignity, menjatuhkan maruah sso; marry ~ os, berkahwin dgn orang yg lebih rendah darjatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abominableadj 1. detestable, keji: ~ practices, amalan-amalan yg keji; 2. (colloq) very unpleasant, teruk betul; (of weather) buruk sekali, dahsyat (betul): the food at the hotel was ~, makanan di hotel itu teruk betul; what ~ weather we’re having, buruk sekali cuaca sekarang ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abjectadj 1. wretched, hina: an ~ slave seorang abdi yg hina; 2. despicable, keji, hina: the most ~ of liars, pembohong yg paling keji; ~ behaviour, kelakuan yg keji; 3. self-abasing, menghina diri (sendiri), menjatuhkan /maruah, harga diri/ (sendiri): ~ obedience, kepatuhan yg menghina diri sendiri; to make an ~ apology, meminta maaf secara menghina diri sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abominationn 1. detestation, kebencian, perasaan benci; hold st in ~, membenci, benci akan; 2. Detestable act, habit etc, approp n + (yg) keji: accused of ~s, dituduh melakukan perbuatan-perbuatan keji; an ~ before God, sst yg keji di sisi Tuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contemptibleadj patut /dihina, dikeji/; (of person) keji: the murder of the hostages was a ~ crime, pembunuhan orang-orang tebusan itu ialah jenayah yg patut dikeji; he is a ~ person, dia orang yg keji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despicabilityn keji, hina.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignobleadj (despicable) keji, hina; (shameful, base, humiliating) memalukan: he tried to use the situation for his own ~ purpose, dia mencuba mempergunakan keadaan utk memenuhi tujuannya yg hina; an ~ deed, perbuatan yg hina; an ~ defeat, kekalahan yg memalukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depravedadj 1. (of person) rosak /akhlak moral/, keji, hina: a cruel and ~ man, orang yg kejam dan rosak akhlak; /lead, live/ a ~ life, hidup tdk bermaruah; 2. (of character, behaviour, mind, etc) rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas