Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khia.nat] | خيانت

Definisi : 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau men­celakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara; mengkhianati berbuat khianat kpd, mence­lakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khia.nat] | خيانت

Definisi : perbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat: Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khianat (adjektif)
Bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;,
Kata Terbitan : mengkhianat, pengkhianatan, pengkhianat,

Peribahasa

Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.

Bermaksud :

Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
denouncevt 1. declare as evil, blameworthy, mengecam, mengutuk: to ~ so’s traitorous deeds, mengecam perbuatan khianat sso; to be ~d as an impostor, dikecam sbg penipu; the court ~d him for such a terrible crime, mahkamah mengecamnya krn jenayah yg teruk itu; 2. inform against, mengadukan: his own brother ~d him to the police, abangnya sendiri mengadukannya kpd polis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foul playn 1. (sport) main curang; 2. unfair behaviour or dealing, permainan kotor: he gained control of the Board by trickery and ~, dia dapat menguasai Lembaga itu melalui tipu helah dan permainan kotor; 3. criminal act, perbuatan khianat: if you do what I say, nobody will suspect ~, jika kamu lakukan apa yg saya suruh, tdk sesiapa pun akan mengesyaki adanya perbuatan khianat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas