Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.su/] | ماسوق

Definisi : 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.su/] | ماسوق

Definisi : 1 pergi ke dlm: Siapa yg ~ ke bilik itu tadi? 2 pergi menghadirkan diri (di tempat bekerja, di sekolah dll): Ahmad tidak ~ kerja hari ini. 3 turut serta menjadi ahli sesuatu pergerakan dll: Maka banyaklah orang di situ yg ~ Islam. 4 yg diterima atau yg diperoleh: Bulan ini wang ~ berjumlah RM5,000/-. ~ akal dpt diterima akal; munasabah. ~ angin a. sakit kerana kesejukan (perut kembung dll). b. tidak garing kerana sudah lama terdedah (bkn biskut, kuih dll); lemau. ~ campur turut serta dlm sesuatu hal. ~ kira turut dikira. ~ tangan campur tangan; mencampuri hal orang lain. ~ waktu sudah sampai waktunya. memasuki 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. memasukkan 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. termasuk 1 sudah masuk: ~ di hati dpt dipercayai; dpt diterima akal. 2 telah masuk dlm sesuatu kiraan; terhitung; tergolong: Kami tidak ~ dlm senarai orang yg mencuaikan pekerjaan. masukan yg digunakan utk memasukkan sesuatu: tapis ~. kemasukan perihal masuk (sesuatu pertubuhan dll): Malaysia menyokong ~ Negara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pemasukan perihal (perbuatan) memasuki atau memasukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(87)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
admissionn 1. allowing entry to, a. (person) /membenarkan, dibenarkan/ masuk, kebenaran masuk; (to a place one pays to enter) masuk: to be refused ~, tdk dibenarkan masuk; ~ by ticket, masuk dgn tiket; b. (other than person) kemasukan, masuknya: the ~ of light into the room, kemasukan cahaya ke dlm bilik itu; 2. allowing to join, a. (school, university, etc) penerimaan masuk: ~ to the school is by examination, penerimaan masuk ke sekolah itu berasaskan peperiksaan; b. (organization, academy, etc) penerimaan menjadi ahli; 3. charge for entering, bayaran masuk: ~ one dollar, bayaran masuk satu dolar; 4. acknowledgement, pengakuan: ~ of guilt, pengakuan bersalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ out, not enter, dilarang masuk: danger! K~ out!, bahaya! Dilarang masuk!; ~ so. out, menghalang sso drpd /masuk, memasuki sst, masuk ke sst/; (when subj of sentence is not person) membuat sso tdk berani masuk: he hoKamus Inggeris-Melayu Dewan
accessn 1. way of approach, entry, jalan masuk; (attrib) masuk: ~ to the village, jalan masuk ke kampung itu; ~ road, jalan masuk; 2. opportunity, means, etc of approaching (so., st) or using (st), [various translations]: to demand ~ to a building, menuntut hak masuk ke sesebuah bangunan; students who are denied ~ to the library, pelajar-pelajar yg tdk diberi kesempatan menggunakan perpustakaan; the only ~ to the professor is through his secretary, satu-satunya jalan menghubungi profesor itu ialah menerusi setiausahanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
entrance 1 n 1. way in (door, gate) pintu masuk; (passage, road, etc) jalan masuk: the ~ is at the side, pintu masuk di tepi; the ~ to the caves has been blocked, jalan masuk ke gua itu telah disekat; 2. a. coming in, arrival, kemasukan, masuk: the audience applauded the ~ of the soloist, para penonton bertepuk sorak semasa penyanyi solo itu masuk; b. way so. enters a room, masuk: the celebrated actress made a grand ~, pelakon terkenal itu masuk dgn hebatnya; c. (theatr) masuk (ke pentas): the heroine does not make her ~ until Act II, heroin itu masuk ke pentas hanya dlm Babak II; 3. admission, masuk; (attrib) kemasukan: they were refused ~ because they were wearing flip-flops, mereka tak dibenarkan masuk krn memakai selipar; ~ examination, peperiksaan kemasukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ in, a. enter, masuk: he went in by the back door, dia masuk melalui pintu belakang; b. fit in, masuk ke dlm: this book won’t ~ in my pocket, buku ini tdk boleh masuk ke dlm saku saya; c. be obscured by clouds, dilindungi awan: the moon went in and there was complete darkness, bulan dilindungi awan dan gelap-gelita jadinya; d. start work, masuk kerja: we ~ in at 8.00, kami masuk kerja pd pukul 8.00; e. (colloq) be understood, masuk: I’ve read this chapter several times but it will not ~ in, saya telah membaca bab ini beberapa kali tetapi tak masuk juga; f. travel by, pergi dgn: we’ll all in his car, kita semua akan pergi dgn keretanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
admittancen membenarkan masuk: to refuse so. ~, tdk membenarkan sso masuk; no ~, /tdk dilarang, boleh/ masuk: no ~ except on business, dilarang masuk kecuali ada urusan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ so. in, membawa sso masuk: his secretary brought the visitors in, setiausahanya membawa pelawat-pelawat itu masuk; ~ (st) in, a. cause st to come in, membawa sst masuk: ~ in another plate please, tolong bawa masuk satu pinggan lagi; b. gather st, memungut sst: the farmers are ~ing the apples in early this year, tahun ini peladang-peladang memungut epal awal; c. produce st, /menghasilkan, membawa masuk/ sst: income tax ~s in millions of dollars, cukai pendapatan membawa masuk berjuta-juta dolar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
entryn 1. coming in, arrival, masuk: his abrupt ~ into the room surprised them, mereka terperanjat apabila dia masuk dgn tiba-tiba ke dlm bilik itu; force an ~ , memecah masuk; 2. right of entering, masuk: he protested vehemently when he was refused ~ to the building, dia membantah dgn keras apabila dia tdk dibenarkan masuk ke bangunan itu; can’t you read the sign? It says “No E~”, kamu tak boleh membaca papan tanda itu? Di situ tertulis “Dilarang Masuk”; ~ visa, visa masuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
entervt 1. come or go into,masuk ke, memasuki: he ~ed the house by the window, dia masuk ke rumah itu melalui tingkap; 2. penetrate,masuk ke dlm, menembusi: the bullet ~ed his body through the left shoulder, peluru itu masuk ke dlm badannya pd bahu kirinya; 3. become a member of or become involved in, masuk: he ~ed the army at 17, dia masuk tentera ketika berumur 17 tahun; he is to ~ business after finishing school, dia akan masuk bidang perniagaan selepas tamat sekolah; ~ the church, menjadi paderi; ~ Parliament, menjadi ahli Parlimen;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflown 1. act of flowing in, pengaliran masuk: the of ~ oil is checked when the valve is closed, pengaliran masuk minyak disekat apabila injap ditutup; capital ~, pengaliran masuk modal; 2. that which flows in, aliran masuk: an ~ of refugees, aliran masuk orang-orang pelarian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas