Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ruh.kan] | مڠروهکن

Definisi : menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ruh.kan] | مڠروهکن

Definisi : 1 menjadikan (menyebabkan) keruh: Hujan lebat di hulu telah ~ air di hilir. 2 menjadikan tidak aman atau tidak gembira: Pertengkaran kecil telah ~ suasana di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keruh1 (adjektif)
1. Dalam konteks air
bersinonim dengan berkeladak, berlumpur, kelorah, kotor, gelodar, bukat, berkelodak,
Berantonim dengan jernih

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan muram, suram, sugul, sedih, kusut,
Berantonim dengan jernih

3. Dalam konteks cuaca
bersinonim dengan mendung, redup, suram, muram,
Berantonim dengan cerah

4. Dalam konteks bahasa
bersinonim dengan kesat, kasar, pedas, tajam, tidak sopan, tidak tertib,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengeruhkan, kekeruhan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cloudvt 1. cover (as) with clouds, menyaputi: thick mist ~ed the mountain peaks, kabus tebal menyaputi kemuncak gunung; 2. cause to be misty, mengaburkan: tears ~ed her eyes, air mata mengaburi penglihatannya; 3. make murky, mengeruhkan: washings from the mine have ~ed the water, kotoran dr lombong telah mengeruhkan air itu; 4. confuse, disturb, mengaburi: age ~ed his memory, usia yg lanjut mengaburi ingatannya; his feelings have ~ed his sense of justice, perasaannya telah mengaburi pertimbangan keadilannya; the statement ~ed the issue, kenyataan itu telah mengaburi isu tersebut; 5. make gloomy, depressed, menyuramkan: her son’s departure ~ed her happiness, pemergian anak lelakinya menyuramkan kebahagiaan hidupnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discolour, (US) discolorvt a. (gen), /mengubah, menukar/ warna; (tech) menyahwarnakan; b. (by washing or exposure) i. (of clothes) melunturkan, memudarkan, memucatkan, menghilangkan warna; ii. (of jewellery, metal) memudarkan, menjadikan kusam; iii. (of paper, teeth) menguningkan; c. (by clouding) mengeruhkan: the earth stirred up by the rain will ~ the waters of the lake, tanah yg berkocak ditimpa hujan akan mengeruhkan air tasik itu; d. (by a knock or blow) melebamkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas