Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin] | راجين

Definisi : 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah; rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri; kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerja­kan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusaha­an) dgn tangan (bukan dgn mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jin] | راجين

Definisi : 1 suka bekerja (belajar dll); giat; tekun: Ia ~ belajar. 2 selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu: Ia ~ pergi ke masjid. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
industriousadj hard-working, rajin: an ~ student, pelajar yg rajin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diligentadj rajin, tekun; (of research etc) teliti: he is ~ but lacks ideas, dia rajin tetapi tdk mempunyai idea.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hardworkingadj rajin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assiduousadj 1. diligent, persevering, tekun, rajin: an ~ student, pelajar yg tekun; 2. undertaken with careful attention, teliti: ~ editing, pengeditan yg teliti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asadv sebegitu: few have laboured ~ long or with ~ much diligence, tdk banyak yg telah berusaha sebegitu lama atau sebegitu rajin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
actin the ~ of (doing st) ketika, sewaktu, semasa: in the ~ of kicking the ball, he lost his balance and fell, ketika menendang bola itu, dia hilang imbangan lalu jatuh; put on an ~, (colloq) berpura-pura + approp adj or v: he put on an ~ to impress his superior, dia berpura-pura rajin utk mendapat perhatian pegawai atasannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
examplen 1. typical specimen or instance, contoh: this is a fine ~ of Renaissance art, ini ialah satu contoh seni zaman Renaissance yg baik; 2. fact or thing illustrating general rule, contoh: this dictionary gives many ~s, kamus ini memberikan contoh yg banyak; 3. a. person who is worthy of being copied, contoh: a diligent worker, he was an ~ to the rest of the employee’s, seorang pekerja yg rajin dia menjadi contoh kpd pekerja-pekerja lain, b. behaviour, quality that is worthy of being copied, teladan, contoh: their courage in the face of the enemy should be an ~ to us all, keberanian mereka menghadapi musuh sepatutnya menjadi teladan bagi kita semua; 4. warning, teladan, peringatan: let his fate be an ~ to you, biarlah nasibnya menjadi teladan kpd kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas