Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.nap] | رانڤ

Definisi : I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pen­carian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : Mn sunyi (senyap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : (hampir) sama rata dgn paras tanah kerana roboh atau runtuh: Pohon-pohon padi di sawah habis ~ ditiup angin. meranap menjadi ranap: Akibat gempa bumi, beberapa buah rumah ~. meranapkan meratakan sehingga sama dgn paras tanah; menjadikan ranap: Gempa bumi telah ~ rumah-rumah di kawasan yg terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranap (adjektif)
Bersinonim dengan roboh, tumbang, runtuh, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : meranapkan, keranapan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flatten2. destroy by bringing to the ground, (act.) meranapkan; (pass.) ranap: the storm ~ed the wheat field, ribut meranapkan ladang gandum itu; 3. a. knock over, menumbangkan, menjatuhkan: the one-time champion was ~ed in 85 seconds, yg menjadi juara pd suatu masa itu ditumbangkan dlm masa 85 saat; b. defeat completely, menumpaskan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 1 ~ a trap, (lit. & fig.) memasang /jerat, perangkap/: they laid a trap for the wild boar, mereka memasang perangkap utk menangkap babi hutan; the man walked into the trap the police had laid for him, lelaki itu terus masuk ke dlm perangkap yg dipasang oleh polis untuknya; ~ waste to st, (act.), /memusnahkan, meranapkan/ sst; (pass.) sst /musnah, ranap/: typhoon laid waste to the country, negeri itu ranap disebabkan taufan tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas