Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tang­gal segala bahagian yg lembut dan isi batang­nya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tum­buh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
frost-bittenadj reput /fros, ibun/: his toes were ~, jari-jari kakinya reput fros.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frost-biten reput /fros, ibun/: two members of the expedition suffered ~, dua anggota ekspedisi itu kena reput fros.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decomposevi 1. disintegrate, mengurai: calcium carbonate ~s when strongly heated, kalsium karbonat mengurai apabila dipanaskan dgn kuat; 2. decay, reput: the corpse ~d rapidly, mayat itu reput dgn cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dry rotn reput kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brown rotn reput perang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foot-rotn (penyakit) reput kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carrionn daging bangkai yg reput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decayedadj rotten, (of leaf, wood), (sudah) reput; (of meat, fruit, vegetable), (sudah) busuk; (of tooth), (sudah) rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decomposedadj 1. disintegrated, terurai; 2. decayed, (sudah) reput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break~ down, a. separate into component/s, dapat dibahagikan terbagi; (tech) mengurai: the budget for the project ~s down into wages, material and printing costs, anggaran belanjawan projek itu terbagi kpd gaji, perbelanjaan bahan dan kos cetak; water ~s down into hydrogen and oxygen, air mengurai menjadi hidrogen dan oksigen; b. undergo decomposition, reput, terurai: after a time, the fallen leaves and grass-cuttings will ~ down into compost, sesudah beberapa lama, daun-daun yg luruh dan keratan-keratan rumput akan reput menjadi kompos;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas