Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sau] | ريساو

Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fret1n; be in a ~, risau, bimbang: she is constantly in a ~ over the child, dia selalu risau ttg anak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fret1vi (worry) risau, bimbang; (become irritated or unhappy) jengkel, sebal (hati): there’s no need to ~, kamu tdk perlu risau; he ~ted and grumbled at the delay, dia jengkel dan merungut-rungut krn kelewatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fret1~ about st, /risau bimbang/ ttg sst, merisaukan sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anxiouslyadv 1. uneasily, dgn /bimbang, risau, cemas, khuatir/: to wait ~ for news, menunggu dgn bimbang utk mendengar berita; 2. eagerly, dgn bersungguh-sungguh: she ~ tried to make everyone feel at home, dia dgn bersungguh-sungguh mencuba membuat semua orang berasa selesa tinggal di situ.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anxiousadj 1. uneasy, worried, bimbang, risau, cemas, khuatir: he was ~ about the future of the business, dia bimbang ttg masa depan perniagaan itu; 2. distressing, worrying, mencemaskan, membimbangkan, merisaukan: ~ moments, saat-saat yg mencemaskan; 3. earnestly wishing, ingin sekali, berhasrat: she was most ~ to meet his family, dia ingin sekali berjumpa dgn keluarga lelaki itu; they were ~ for the contract to be renewed, mereka ingin sekali kontrak itu diperbaharui.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fazevt (act.) merisaukan, membimbangkan, mengganggu; (pass.) risau, bimbang, terganggu: they asked all sorts of questions but it did not ~ her,mereka mengemukakan berbagai-bagai soalan tetapi itu tdk membimbangkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latchvi berselak: don’t worry, the door is ~ed, jangan risau, pintu itu berselak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inexplicableadj tdk dapat diterangkan: her son’s ~ disappearance worried her, kehilangan anaknya yg tdk dapat diterangkan membuat dia risau; an ~ mystery, misteri yg tdk dapat diterangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handsin /good, safe/ ~, dlm jagaan yg baik: don’t worry about the child, she’s in safe ~, jangan risau ttg anak itu, dia dlm jagaan yg baik; lay o’s ~ on, a. see get o’s ~ on (sense a.); b. see get o’s ~ on (sense b.); c. find what one is looking for, mencari: the pen is here somewhere but I can’t lay my ~ on it, pen itu ada dekat-dekat sini tetapi saya tdk dapat mencarinya; on o’s ~, a. (of work) utk dibuat: don’t give her any more work, she has enough on her ~, jangan beri dia kerja lagi, dia ada banyak kerja utk dibuat; b. (of person) terpaksa menjaga sso: with two extra children on my ~, I won’t have time to relax, saya tdk akan ada masa utk berehat-rehat krn terpaksa menjaga dua orang budak lagi; off o’s ~, lepas drpd tanggungjawab sso; o’s ~ are tied, sso terikat; out of o’s ~, bukan dlm tangan sso lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glancen brief look, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: a ~ at the newspaper, memandang surat khabar sepintas lalu; at a ~, sekali pandang: June could see at a ~ that he was extremely worried, sekali pandang June tahu dia sangat risau; at first ~, pertama kali pandang: it looks easy at first ~, pertama kali pandang perkara itu nampak mudah; /cast, have, take/ a ~, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: she cast a quick ~ at her face in the mirror, dia memandang mukanya sekali lalu dlm cermin; exchange~s, saling /berpandangan, pandang-memandang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas