Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
appetiten 1. desire for food, drink, selera, nafsu makan: the swim had given them all an ~, berenang membangkitkan selera mereka; have an ~ (for food, drink) berselera, mempunyai selera: normally the boy has a good ~, biasanya budak lelaki itu berselera; spoil /o’s, so’s/ ~, (menyebabkan sso) /patah selera, tdk lalu makan/: don’t spoil your ~ by eating sweets before dinner, jangan makan gula-gula sebelum makan malam, nanti patah selera; the cakes have spoilt his ~, kek yg dimakannya itu menyebabkan dia patah selera; 2. desire to satisfy bodily needs, nafsu: sexual ~, nafsu seks; 3. desire, inclination, hasrat, keinginan: he seems to have lost all ~ for life, dia nampaknya telah hilang keinginan utk hidup; tales that whetted the boy’s ~ for adventure, cerita-cerita yg membangkitkan keinginan budak itu utk mengadu untung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feast~ on, menjamu selera dgn: to ~ on venison and fruit, menjamu selera dgn daging rusa dan buah-buahan; ~ o’s eyes on /so., st /, menjamu mata melihat /sso, sst/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appetizing, appetisingadj /membangkitkan, mendatangkan/ selera, menyelerakan: the food was not ~ at all,makanan itu tdk membangkitkan selera sama sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inner man, inner womann 1. soul, batin, jiwa; 2. (jocular) the stomach, selera: delicious food to satisfy the ~, makanan yg lazat utk memuaskan selera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appetizer, appetisern 1. food, drink that stimulates appetite, pembuka selera; 2. stimulant to desire, perangsang: the first item was just an ~ for the rest of the show, acara pertama itu hanya sbg perangsang kpd keseluruhan persembahan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cater~ to, memenuhi: movies which ~ to an appetite for violence, filem-filem yg memenuhi selera yg menggemari keganasan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cloyvt menjemukan, menjelakkan, memuakkan: rich food often ~s the appetite, makanan yg berlemak sering kali memuakkan selera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growingadj 1. a. (in size) sedang membesar: usually a ~ child has a good appetite, biasanya, budak-budak yg sedang membesar mempunyai selera makan yg baik; b. (in number), (semakin) bertambah: a ~ population, bilangan yg semakin bertambah; c. (in degree) semakin /+ approp adj, bertambah /: the ~ animosity between them, permusuhan yg semakin mendalam antara mereka; 2. rel to, suitable for growth, pertumbuhan: ~ season, musim pertumbuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lavish3. extravagant, mewah; (of expenditure etc) berlebih-lebihan: the meal was too ~ for my simple tastes, sajian itu begitu mewah bagi saya yg mempunyai selera yg sederhana; a ~ apartment, pangsapuri mewah; his ~ expenditure, perbelanjaannya yg berlebih-lebihan; a ~ spender, a. a big spender, orang yg berbelanja besar; b. one who spends in a wasteful manner, pemboros;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
justicebring to ~, membawa ke muka pengadilan: the murderer was finally brought to ~, pembunuh itu akhirnya dibawa ke muka pengadilan; do /~ to so., so. ~/, berlaku adil (thdp sso): to do him ~, we must admit that he is innocent of any intent to deceive, utk berlaku adil kita mesti mengakui bahawa dia tdk mempunyai sebarang niat utk menipu; do /~ to st, st ~/, a. capture, show to the best advantage, menunjukkan sst: the photograph did ~ to his good looks, gambar foto itu menunjukkan ketampanannya; b. (show due appreciation of by eating with relish), (me)makan sst dgn penuh selera; (eat enough of) makan banyak: they certainly did ~ to the meal, mereka makan juadah itu dgn penuh selera; didn’t do the food ~ because we were already full, kami tdk dapat makan banyak krn kami kenyang; do os ~, menunjukkan segala kebolehan sso: he did not do himself ~ in the exams, dia tdk menunjukkan segala kebolehannya di dlm peperiksaan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas