Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
menilaievaluateMenentukan nilai dalam sesuatu penyelesaian masalah matematik.Menengah Rendah
menentusahkanverifyMenentukan dan mengesahkan betul atau salah sesuatu jawapan.Menengah Rendah
koordinatcoordinatePasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi-x dan paksi-y. Lihat ContohMenengah Atas
pembundaranround offSatu proses menentukan nilai nombor mengikut nilai tempat yang terhampir. Lihat ContohSekolah Rendah
koordinatcoordinatePasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi–x dan paksi–y. Lihat ContohSekolah Rendah
selang kelasclass intervalSelang yang menentukan satu kelas dalam taburan kekerapan atau histogram. Contohnya, kelas 51 - 55 menggunakan selang kelas 5 dan 80 - 89 menggunakan selang kelas 10.Menengah Atas
koordinat CartesCartesian coordinatesPasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi-x dan paksi-y. Contohnya, rajah berikut menunjukkan koordinat bagi titik P ialah (4, 3). Lihat ContohMenengah Rendah
padanan satu dengan satuone-to-one correspondenceHubungan yang menentukan kedudukan satu titik pada objek ke satu titik tertentu pada imej.Menengah Rendah
kaedah cuba jayatrial and improvement methodKaedah yang boleh digunakan untuk menentukan punca suatu persamaan matematik.Menengah Atas
garis lurus penyuaian terbaikline of best fitGaris lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas