integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
integer positif | positive integer | Nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... . | Menengah Rendah |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1, dan 2. | Menengah Atas |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1 dan 2. | Menengah Rendah |
sifar | zero | 1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0. | Menengah Rendah |
sudut positif | positive angle | Sudut yang terbentuk jika diukur mengikut arah lawan jam bermula dari paksi-x. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
titik pusingan | turning point | Titik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
polinomial | polynomial | Ungkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah. | Menengah Atas |
sudut rujukan | reference angle | Sudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Atas |