Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geo-nomiformis; 2. = pinang ~ sj tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Peribahasa

Sebagai asam dengan garam.

Bermaksud :

Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut sepadancorresponding anglePasangan sudut yang terbentuk apabila dua garis selari dipotong oleh satu garis. Kedua-dua sudut ini sama besarnya. Lihat ContohMenengah Rendah
matriks samaequal matrixMatriks yang mempunyai susunan dimensi yang sama dan semua unsur yang sama pada kedudukan yang sepadan. Contohnya, matriks (1 2 3) dan (1 2 3) ialah matriks sama.Menengah Atas
fungsifunctionHubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
prismaprismPolihedron yang mempunyai dua permukaan selari dan kongruen (tapak), permukaan yang lain ialah segi empat selari yang terbentuk dengan pasangan bucu yang sepadan dengan dua tapak itu. Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas