Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj ikan darat, Labiobarbus curieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya hendak bertanya tentang penggunaan "kawan-kawan" dan "adik-adik" dalam ayat, contohnya "Kawan-kawan hendaklah menghormati ibu bapa." Adakah penggunaan "kawan-kawan" itu masih boleh digunakan?Sebab ada pendapat mengatakan penggunaan kata ganda seperti itu tidak boleh digunakan. sekian terima kasih.

Nurulhuda,

Bagi penggunaan kata ganda adik-adik dan kawan-kawan, penggandaan seperti ini memang boleh digunakan. Contoh lain ialah penggunaan rama-rama, kupu-kupu dan kuda-kuda.

Tatabahasa18.03.2010
salah seorang daripada kawan/kawan-kawan?jawapannya ialah salah seorang daripada kawan.Tatabahasa10.01.2008
Yang mana betul?(dan kenapa?) (a)Remaja mudah TERIKUT-IKUT DENGAN tingkah laku kawan-kawan. (b)Remaja mudah TERIKUT-IKUT AKAN tingkah laku kawan-kawan.Ayat yang betul ialah "Remaja mudah terikut-ikut dengan tingkah laku kawan-kawannya".  Penggunaan kata sendi nama 'akan' (seperti dalam ayat kedua) mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa02.03.2011
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada ayat-ayat di bawah terdapat kesilapan tatabahasa. 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Terima kasih atas khidmat nasihat yang diberi.

1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain.

Ayat no. 1 dan no. 2 betul.

Ayat no.3 : Aku berkenalan dengan kawan-kawan baru.

 

Tatabahasa28.04.2011
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
Saya pernah mendengar perkataan Hasil mansul atau masul bumi/laut. Apabila saya gunakannya. Rakan sepejabat mengatakan dia tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Dan ramai diantara kawan-kawan pun belum pernah dengar. Saya harap tuan dapat memberikan penjelasan sama ada pengunaan bahasa itu betul atau salah.Penggunaan yang betul ialah hasil mahsul yang bermaksud hasil sesebuah negara (yang dieksport). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 976. Makna15.05.2008
Ayat manakah yang betul? a) saya mempunyai banyak kawan b) saya mempunyai kawan yang banyak c) saya banyak mempunyai kawan Ayat yang betul ialah saya mempunyai banyak kawan (Jawapan di atas yang diberikan oleh pihak DBP) Persoalannya, bukankah perkataan 'mempunyai' merupakan kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek? Oleh yang demikian, bukankah ayat di atas patut ditulis sebagai 'mempunyai wang yang banyak' Tolong jelaskan kekeliruan di atas kerana kebanyakan buka Bahasa Malaysia yang dituls oleh munsyi DBP menggunakan konsep di atas (kata kerja transitif tetapi jawapan yang diberikan melalui perkhidmatan 'online' DBP pula bercanggah dengan apa-apa yang saya baca dalam buku rujukan. Terima kasih.

Tuan,

Ayat (a) boleh digunakan bagi merujuk bilangan dan juga sebagai bahasa percakapan. Dari segi tatabahasa, kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek seperti ayat (b). Oleh itu, ayat yang lebih gramatis ialah ayat (b). Namun, penggunaannya hendaklah berdasarkan situasi dan perkara yang hendak ditekankan.

Terima kasih.

Lain-lain05.01.2011
Ayat manakah yang betul? a) saya mempunyai banyak kawan b) saya mempunyai kawan yang banyak c) saya banyak mempunyai kawanAyat yang betul ialah saya mempunyai banyak kawan.Tatabahasa02.01.2011
Kawan saya pernah menyebut "secara tutasnya.." dia sendiri xtau ape maknanya tp perkataan itu pernah di guna utk karangan semasa sekolah.. cth ayat: "Secara tutasnya, keadaan itu sudah biasa dilihat." Apakah maksud 'Tutas' di sini? Adakah itu boleh digunakan?Kata yang betul ialah 'tuntas' yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan komprehensif. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Makna25.12.2009
12345678

Kembali ke atas