apakah tajuk yang sesuai dengan buku ini? "Threshold" (Penanda Aras) Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan atau Penanda Aras (Threshold) Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan atau lain? | Pihak kami mencadangkan tajuk: Penanda Aras (Threshold) Miskin Bandar di Wilayah Persekutuan | Ejaan | 18.11.2024 |
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah? | Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. | Lain-lain | 22.12.2009 |
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/ | 1. Dicadangkan atur acara seperti ini: 9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat 9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat 9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan 2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
| Lain-lain | 03.08.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih. | Berikut adalah jawapan bagi soalan puan: 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan. 2. Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. 3. Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang? | Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Lain-lain | 10.12.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana saya boleh terjemahkan perkataan berikut 1. Department of Pricing? 2. Franchisee 3. Remote regional directorate Terima kasih Tiada contoh ayat | Cadangan terjemahan perkataan yang diberikan ialah: 1. Department of Pricing - "Jabatan Harga" 2. Franchise - "francais" 3. Remote regional directorate - "Jabatan Wilayah Terpencil atau Luar Bandar" | Makna | 11.04.2022 |
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. | Lain-lain | 28.09.2021 |
Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara sekitar kawasan dan kawasan sekitar dari segi penggunaan dan makna? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu. Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.
| Lain-lain | 04.10.2021 |
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil. | Lain-lain | 08.10.2021 |