Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perkataan dalam bahasa Melayu "Share & Care"? 2. Bolehkah perkataan Extravaganza digunakan dalam iklan banner/kain rentang?1. Share & Care boleh diterjemahkan kepada Kongsi dan Jaga, jika bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. 
2. Perkataan Extravaganza boleh digunakan dalam urusan rasmi termasuklah iklan.
Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting

a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik.

b. pamphlet : risalah

c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.

d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali).

e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu di­­keluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar

f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll.

Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih.

Istilah17.02.2009
Saya adalah seorang eksekutif jualan Telekom Malaysia (TM). Saya bercadang memasang kain rentang (Banner) dalam bahasa Inggeris. Soalan saya, Perlukah kain rentang saya ini mendapat kelulusan DBP terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Mohon komen segera kerana banner ini perlu dipasang pada 20/3/2014. Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan kain rentang dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada DBP untuk pengesahan. Sila hantar melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, sila daftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain18.03.2014
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih.Sila ke domain "Khidmat  Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan.Lain-lain21.06.2013
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih.Sila ke domain "Khidmat  Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan.Lain-lain21.06.2013
Saya Zaharah dari Zubedy (M) Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Dewan Bahasa untuk membuat pengesahan logo dan tulisan yang akan digunakan pada kain rentang/ banner kami. Sila lihat logo di lampiran fail Terima Kasih.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk pengesahan.Lain-lain27.03.2014
Saya Zaharah dari Zubedy (M) Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Dewan Bahasa untuk membuat pengesahan logo dan tulisan yang akan digunakan pada kain rentang/ banner kami. Terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah  kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk pengesahan. Puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain27.03.2014
Tuan/ Puan, Syarikat kami adalah sebuah Pusat Bahasa Inggeris. Kami ingin meletakkan kain rentang di hadapan premis sebagai iklan sementara. Corak dan perkataan adalah seperti banner yang dilampirkan tetapi saiz akan berlainan. Adakah perkataan seperti berikut dibenarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau perubahan pada perkataan mesti dilakukan. Kalau perubahan mesti dilakukan, bolehkah Dewan Bahasa dan Pustaka memberi cadangan. Terima KasihTuan/Puan, Jika hendak mendapatkan kelulusan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), teks pada papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya perlulah dalam bahasa Melayu atau jika hendak letak bahasa Inggeris, perlu buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu di atas, bahasa Inggeris di bawah). Berkenaan kain rentang pihak tuan/puan, semua teks tersebut dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pihak tuan/puan perlulah memberikan padanan dalam bahasa Melayu bagi setiap perkataan bahasa Inggeris tersebut contohnya, We also offer tukar kepada Kami juga menawarkan:, Business English kepada Bahasa Inggeris Perniagaan, Vocational English kepada Bahasa Inggeris Vokasional dan begitu juga dengan teks bahasa Inggeris yang lain.

Kemudian, pihak tuan/puan perlu layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan kain rentang tuan/puan.
Tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain21.06.2018
Apakah terjemahan untuk perkataan "banner" dan "bunting"? Terima kasih.Padanan banner dalam bahasa Melayu ialah kain rentang dan bunting ialah gegantung.Istilah06.10.2011
Di negara China, terdapat kawasan yang bernama seperti Uxin Banner, Etuoke Front Banner dsb. Adakah ada perkataan/istilah bahasa melayu yang sesuai untuk "banner" ini?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan banner bermaksud panji-panji, sepanduk atau kain rentang.Istilah20.05.2018
12

Kembali ke atas