Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Tatabahasa30.10.2022
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J
Makna10.04.2017
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Merujuk perkara di atas, saya Mohd Faizal bin Mat Salleh, Penolong Pegawai Penyelidik dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), ingin memohon nasihat dan pandangan pakar daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenai penggunaan istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk papan tanda jalan raya. Papan tanda yang dimaksudkan bertujuan untuk memaklumkan advisory minimum speed bagi setiap lorong untuk melancarkan aliran trafik. Pihak kami sedang menilai frasa "HAD LAJU NASIHAT MINIMUM" yang digunakan pada masa ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan pengesahan sama ada frasa tersebut merupakan istilah yang paling tepat dan mudah difahami oleh orang awam. Sekiranya terdapat cadangan frasa yang betul secara gramatis dan berkesan atau istilah lain yang lebih sesuai, pandangan daripada pihak DBP amat kami alu-alukan. Bersama-sama e-mel ini, saya lampirkan imej papan tanda tersebut untuk rujukan dan semakan pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Cadangan kami: CADANGAN HAD LAJU MINIMUMTatabahasa14.08.2025
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. 4. Papan tanda itu menasihatkan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta . Kata "menasihatkan" dalam Kamus Pelajar bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, dan kata "nasihat" juga bermaksud petunjuk. Jadi, bolehkah saya mengatakan ayat (1) bermaksud papan tanda itu memberikan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta sebagai petunjuk?Ayat itu tidak betul. Ayat yang betul : Papan tanda itu menunjukkan had laju yang harus dikekalkan semasa memadu kereta.Tatabahasa31.12.2014

Kembali ke atas