Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan? | Saudara, Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. | Lain-lain | 07.07.2010 |
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat. | Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. | Makna | 02.07.2012 |
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan. | Tatabahasa | 06.09.2015 |
Kami ingin meminta bantuan daripada tuan menterjemahkan perkataan-perkataan yang berikut ke Bahasa Malaysia: Reshoring/Reshore Onshoring/Reshore Backshoring/Backshore Backsourcing/Backsource Inshoring/Inshore Onshoring De-internationalzation Home-shoring/Homeshore Repatriate production/Repatriate manufacturing Reverse globalization/Reverse Globalisation Reverse Relocation Sekian, Terima Kasih Chong Boon Kai | Untuk makluman semua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut. Walau bagaimanapun, kami berikan istilah yang terdapat dalam pangkalan data DBP seperti yang berikut: 1. reshoring - penempatan kembali/menempatkan kembali 2. onshore - dalam pesisir 3. backshore - pesisir belakang 4. inshore - tepi pantai/tepi pesisir 5. repatriate - hantar pulang/hantar balik 6. manufacturing - pengilangan/pembuatan 7. reverse - songsang/balikan 8. globalization - globalisasi/kesejagatan 9. relocataion - penempatan semula | Istilah | 13.04.2016 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |