| Sapaan @ Solutasi di pertengahan dan akhir ayat menggunakan huruf kecil kan? contoh tuan dan puan tetapi kenapa sapaan dalam perundangan ditulis dengan huruf besar walaupun dipertengahan dan akhir ayat seperti Tuan, Puan, Defendan,Plaintif, Pendakwa raya, Peguam bela, Mahkamah ini dsb. Adakah ini gaya penulisan dalam penulisan penghakiman? adakah ia salah dari segi tatabahasa? atau sebenarnya memang ada salutasi@sapaan umum yang boleh digunakan huruf besar di pertengahan dan akhir ayat? atau ada apa-apa hukum tatabahasa yang saya tertinggal? mohon pencerahan. Terima Kasih. | Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan yang dibesarkan hurufnya boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. | Tatabahasa | 28.12.2020 |
| Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih. | Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. | Ejaan | 30.05.2023 |
| Assalamualaikum Kenapakah al-Quran dieja dengan huruf besar tetapi hadis dieja dengan huruf kecil padahal kedua-duanya merupakan sumber utama hukum dalam perundangan Islam. Sepatutnya kedua-duanya dieja dengan huruf besar bagi memuliakan wahyu ilahi. | Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat). Al-Quran digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Hadis pula membawa maksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam). Perkataan hadis digolongkan dalam kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. | Tatabahasa | 18.09.2019 |
| Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |
| Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; | Makna | 22.02.2012 |
| Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu- | Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; | Lain-lain | 01.09.2010 |
| Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan. | Puan Noor Zarina, Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya. Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2010 |