Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "lockdown"? Konteks penggunaan ialah sebagaimana situasi COVID-19 sekarang, yang merujuk kepada suatu keadaan apabila orang awam dikehendaki untuk berada di kediaman masing-masing dan tidak keluar ke tempat-tempat awam.Pihak kami mencadangkan padanan untuk perkataan "lockdown" ialah "sekat keluar masuk". Namun untuk keadaan semasa yang sedang dialami di negara kita sekarang, istilah yang diguna pakai ialah Perintah Kawalan Pergerakan,Makna16.03.2020
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan?Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan
Lain-lain30.03.2013
Mohon semak untuk Papan Iklan di tempat awamSila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.
Lain-lain19.07.2017
macam mana nak buat pengesahan ejaan untuk paparkan iklan di tempat awam? Sebab bila saya klik bhg pertanyaan, jawapannya saya kena klik iklan baru. tetapi saya tidak dapat mencari di mana ikon iklan baru yang dimaksudkan. Terima kasih

Saudara,

Untuk maklumat lanjut tentang cara penggunaan sistem tersebut, sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat di alamat rajabi@dbp.gov.my atau zulhairi@dbp.gov.my.

    

Lain-lain23.08.2009
MEMOHON PIHAK DBP UNTUK MENYEMAK BAHASA UNTUK BUNTING BAGI TUJUAN PAPARAN DI TEMPAT AWAM.
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain17.04.2017
Apakah proses yang perlu dilakukan untuk menyemak bahasa pada kain rentang yang ingin digantung di tempat awam?

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan kain rentang anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.

Lain-lain25.07.2019
Mohon senarai nama bunga yang ada dimalaysiaSaudara boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Jalan, Bangunan, Kawasan Perumahan  dan Tempat Awam Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Frim.    Lain-lain07.03.2008
Assalamualaikum/Salam sejahtera, saya ingin bertanya 2 soalan. 1) Di manakah saya boleh membeli buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan? 2) Apakah contoh nama yang sedap & baik untuk pusat tuisyen? Boleh tuan beri saranan sedikit?Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau wakil pengedar DBP. Nama yang sesuai dengan pusat tuisyen ialah nama yang boleh dikaitkan dengan ilmu dan pendidikan seperti Pusat Tuisyen Bestari.Lain-lain15.07.2015
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsanSaudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah  untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb..  Lain-lain26.01.2009
Saya dalam proses menyediakan cadangan nama jalan taman perumahan. Bolehkah saya nama jalan utama taman perumahan sebagai Jalan PremierUntuk makluman pihak tuan, penamaan jalan dan tempat awam perlulah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang betul dan mempunyai maksud yang baik. Premier merupakan perkataan bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak DBP mencadangkan dikekalkan penggunaan nama kepada "Jalan Utama" atau "Jalan Perdana."Lain-lain15.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas