Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maya (kata nama)
Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi, halusinasi, mimpi, igauan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
melayari alam maya, melayari di alam maya, melayari dalam alam maya. Yang mana adalah betul, jemput jelaskan. Ty.Penggunaan yang betul ialah “melayari alam mayaTatabahasa18.10.2021
bagaimana dengan peluasan makna bagi perkataan "bawang" yang kini banyak digunakan di alam maya yang merujuk kepada orang yang gemar menyakitkan hati orang lain ataupun mereka yang suka mengata dan menyebar cerita? Jika perkataan ini tidak diterima untuk diperluaskan maksudnya, jelaskan.Perkataan tersebut hanya digunakan dalam konteks perbualan tidak formal. Setakat hari ini, perkataan tersebut masih belum dirakam dan diiktiraf sebagai perkataan baru. Terdapat perkataan lain, iaitu "menggetah bawang" yang telah dirakam dan bermaksud perkataan yang menyakitkan hati

Lain-lain25.11.2018
Salam sejahtera, saya seringkali melihat perkataan "macai" digunakan dalam tulisan-tulisan di alam maya tetapi perkataan ini tidak wujud di dalam PRPM. Namun begitu perkataan ini serta definisinya ada di sini: http://mymemory.translated.net/t/Malay/English/macai Adakah pihak DBP mengiktiraf perkataan ini sebagai kosa kata rasmi di dalam Bahasa Melayu?Perkataan "macai" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP dan belum diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.03.2013
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. “Immersive” dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk” ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu “meminjam” perkataan “imersif” bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih.Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi  Immersive Virtual Simulator ialah ‘Simulator Maya. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan ‘simulator’ diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah ‘Simulator Mayakita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. Istilah05.05.2014
Terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan. Namun, perkataan "Immersive" dalam penerangan produk saya ini adalah amat penting bagi membezakannya dengan produk simulator yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis simulator maya yang telah dicipta. Antaranya adalah simulator maya yang biasa di mana peserta hanya merasakan diri berada di dalam alam maya tetapi tidak boleh membuat pilihan apa yang boleh dilakukan atau dilihat semasa di dalam alam maya tersebut. "Immersive" dalam konteks ini, dalam bentuk yang lebih mendalam, membenarkan peserta membuat pilihan aksi atau pandangan yang mereka mahu. Seolah-olah mereka bebas beraksi di dalam dunia maya tanpa batasan. Oleh kerana itu, perkataan "Immersive" tersebut amat penting bagi membezakan produk baru kami ini dengan simulator maya biasa yang lain. Sekiranya kami ingin juga menekankan perkataan "Immersive" tersebut, bagaimanakah kaedah terbaik bagi kami meletakkanya di dalam dokumen atau penerangan produk? Bolehkah kami menggunakan perkataan pinjaman "Immersive" atau "Imersif" bagi tujuan tersebut? Sama seperti perkataan kondusif yang dipinjam bagi menggantikan pernggunaan perkataan "condusive". Terima kasih.Berdasarkan penerangan teperinci yang tuan berikan mengenai konsep “immersive”, kami memahami terdapat perbezaan konsep antara simulator maya biasa dengan simulator yang tuan maksudkan. Memang benar, contoh pembentukkan perkataan kondusif dan eksklusif mewajarkan penggunaan “imersif” namun istilah ini belum ada lagi dalam pangkalan data DBP. Sehubungan itu, tuan boleh menggunakan perkataan “imersif” dalam dokumen dan penerangan produk sehingga ada istilah yang lebih tepat yang boleh menggantikan ‘imersif’.Istilah07.05.2014
Salam,, saya seorang guru tadika yang menyiapkan buku kerja dan pelajaran sendiri kepada murid - murid. Baru - baru ini saya telah mendapat komentar dari seorang bapa yang menyatakan arahan dalam buku kerja saya mirip Bahasa Indonesia. Contohnya : Warnakan gambar ini kepada Warna gambar ini. Persoalan saya, bagaimanakah saya ingin mengetahui struktur arahan yang betul dan bagaimanakah saya ingin membezakan ayat yang berbunyi seperti Indonesia atau Malaysia. Untuk pengetahuan, saya seorang guru tadika dari Singapura. Terima KasihDalam bentuk suruhan, ayat "Warnakan gambar ini" yang betul dan ayat "Warna gambar ini" digunakan dalam ayat penyata seperti warna gambar ini tidak jelas. Untuk puan membezakan bentuk penulisan bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Melayu (Indonesia), sila buat rujukan di perpustakaan atau di alam maya dan puan pasti menemukan perbezaannya.Tatabahasa11.03.2014
Salam. Apakah cara penggunaan istilah "tular palsu"? (ruj.: http://ekamus.dbp.gov.my/Makna.aspx?kid=314080). Adakah ia sebuah kata nama atau kata kerja? Terima kasih. 

Cara penggunaan istilah tular palsu ialah sesuatu seperti berita atau maklumat palsu yang tersebar dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna kepada pengguna yang lain. Istilah tular palsu ialah kata nama.

Istilah29.04.2020

Kembali ke atas