definisi keluarga | Maknanya ialah seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.10.2009 |
maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? | Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum. | Makna | 09.07.2009 |
Assalamualaikum. Jawapan yang diberi oleh panel DBP bertarikh 18.07.2018 saya rujuk. [Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga]. Soalan saya, dalam bahasa Melayu, "dalam" hanya ada 3 fungsi setakat ini, iaitu sebagai: 1. Kata adjektif Contoh; Air sungai itu dalam dan deras. 2. Kata sendi nama Contoh; Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. (selepas "dalam" KN) 3. Kata arah Contoh; Baju itu ada di dalam almari. Setakat ini, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir belum lagi memasukkan "dalam' sebagai kata hubung keterangan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang diberikan oleh DBP [dalam menjalankan urusan rumah tangga] itu mengikut rumus apa? Saya memerhatikan bahawa ramai pengguna bahasa Melayu sekarang ini cenderung menggunakan "dalam" selepasnya kata kerja. Adakah ayat itu gramatis? atau pengguna bahasa perlu menambah kata "usaha" seperti dalam usaha menjalankan urusan rumah tangga. Mungkin boleh juga digantikan dengan tatkala atau ketika. Sekian, harap maklum | Kami bersetuju dengan pandangan tuan, kata "dalam" hanya berfungsi sebagai kata sendi nama, kata adjektif dan kata arah. Oleh itu, ayat yang betul ialah "... dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk menjalankan urusan rumah tangga." Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dalam jawapan kami sebelum ini. | Tatabahasa | 18.04.2019 |
Tuan, 1. Betulkah frasa "Hal ini kerana....." ? atau "Hal ini demikian kerana ....? 2. Peribahasa "melepaskan batok di tangga" atau "melepaskan batuk di tangga", manakah yang betul? Terima kasih. | 1. "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana" 2. Peribahasa yang betul ialah "melepaskan batuk di tangga",
| Tatabahasa | 27.02.2019 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |
Salam sejahtera.Saya mohon bertanya kerana ada kekeliruan: 1."Harapkan pagar,pagar makan padi" atau "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2."Melepaskan batuk di tangga" atau "Melepaskan batok ditangga"? Harap pihak Tuan dapat membantu kerana ianya amat penting dalam memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada anak murid. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 12.01.2012 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu. 3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir. 5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang. 7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel. 8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas. 9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat. 10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator. 11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Tatabahasa | 14.11.2017 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'.. | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu; mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Tatabahasa | 17.10.2012 |