Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia? | 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya. Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
| Tatabahasa | 08.08.2014 |
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasa | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai. Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair. | Tatabahasa | 23.07.2014 |
-Maksud laporan? -Ciri-ciri untuk menulis laporan? -Format laporan? -Jenis-jenis laporan? -Apa-apa sahaja lagi yang berkaitan dengan laporan -Diharap pihak DBP dapat membeikan kerjasama yg sewajarnya. -Terima kasih | Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan ini : 1. 2. 3. | Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan | Samsuddin Wahab | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2005 | 4. Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/10/1993 | 5. Laras bahasa laporan mesyuarat | Sulaiman Masri | Dewan Masyarakat | 01/09/1996 | 6. Pemantapan bahasa dalam penulisan laporan | Mohamad Ibrahim | Pelita Bahasa | 01/11/2007 | 7. | Lain-lain | 08.05.2008 |
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. | Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari. | Ejaan | 01.11.2011 |
sila jelaskan dengan lebih mendalam perkataan memas | Perkataan "memas" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan "memas" terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan digunakan dalam peribahasa "Kerana emas memas, kerana padi menjadi". Maksud peribahasa ini ialah orang kaya dapat mencapai apa-apa sahaja maksud hatinya. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ini, maksud yang diberikan untuk "memas" ialah cermat atau bagus. | Lain-lain | 17.08.2016 |
1 )saya mencari apa sahaja yang berkaitan dengan Jan Laurens Brandies iaitu seorang ahli ilmu perbandinagan bahasa. 2)Adakah terdapat jurnal berkaitan beliau atau buku dalam istilah bahasa melayu | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Sila buat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau kunjungi Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 17.07.2009 |
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih! | Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima. | Tatabahasa | 06.07.2020 |
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih. | Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab. | Lain-lain | 15.08.2010 |
anyone can do anything | sesiapa boleh melakukan apa sahaja | Lain-lain | 14.05.2007 |