Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah Jabatan, Bahagian, Seksyen, Unit dan Pejabat. Kami menerima permohonan untuk menukar nama daripada Unit menjadi Pejabat. Apakah definisinya? Bagaimanakah penggunaannya? | Jabatan bermaksud bahagian daripada pentadbiran kerajaan dan lain-lain yang mengurus tugas-tugas tertentu, bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan, seksyen ialah bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi, dan pejabat ialah tempat bekerja. Lazimnya unit merupakan bahagian kecil daripada sesebuah jabatan, dan pejabat ialah tempat bekerja. Contohnya, Jabatan Akauntan Negara ialah sebuah jabatan dan pejabat Akauntan Negara ialah tempat Akauntan Negara melaksanakan tugasnya. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
Soalan saya. Apakah maksud bahagian, unit dan sekyen. Adakah ada perbezaannya ? | Unit = bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi: Unit rawatan jantung; bahagian = unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dll) yang menjalankan fungsi tertentu: Bahagian kewangan; séksyen= bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dll); | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Salam, Apakah perbezaan dahan dengan ranting pokok? Terima kasih. | Dahan ialah bahagian yang tumbuh dari batang pokok, manakala ranting ialah bahagian cabang yang kecil-kecil. | Makna | 14.04.2016 |
Apakah perbezaan nuansa pada kata dahan, ranting dan tangkai mengikut penggunaan lazim penutur? | Dahan bermaksud bahagian yang tumbuh dari batang pokok. Ranting pula merujuk bahagian cabang yang kecil-kecil di hujung dahan manakala tangkai ialah bahagian tempat melekatnya buah, bunga dan lain-lain. | Makna | 12.12.2018 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai perkataan sub-bahagian. 1) Apakah boleh saya menggunkan perkataan sub-bahagian bagi menunjukkan bahagian-bahagaian yang kecil kerana sub bahagian tiada dalam PRPM 2) Bagaimana ejaan yang betul. Adakah "sub bahagian" atau "sub-bahagian" Terima kasih | Jawapan yang betul ialah subbahagian | Lain-lain | 16.02.2023 |
Apakah perbezaan cara menggunakan penjodoh bilangan kuntum dan tangkai. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kuntum merujuk kepada bunga yang hampir kembang penjodoh bilangan untuk bunga, berkuntum tumbuh (berada) dalam bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru menguntum menjadi kuntum atau sebagai kuntum (mula berkembang). Manakala tangkai membawa maksud bahagian tempat melekatnya buah, bunga.Batang pokok dan tumbuhan yang kecil-kecil. Bahagian daripada sesuatu untuk dipegang; gagang. Penjodoh bilangan untuk bunga, tempat memegang sesuatu alat misalnya cangkul, tombak. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Nahu Melayu Terakhir (hlmn.310)
| Istilah | 03.08.2012 |
"Cari pasal" atau "cari fasal", mana lebih tepat dalam penyediaan sarikata? | Menurut data kami, perkataan yang betul ialah fasal yang membawa maksud 1 bahagian daripada bab; bahagian yang kecil daripada bahagian besar (undang-undang): Dalam bab yang pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dalam percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 tentang hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kepada saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Lain-lain | 13.06.2018 |
Saya mohon penjelasan tentang susunan jabatan, bahagian, seksyen dan unit bagi struktur organisasi sesebuah jabatan kerajaan dari yang besar sehingga yang paling kecil. | Susunan yang dicadangkan bagi sesuatu organisasi (termasuklah sama ada jabatan, institut, pusat, universiti, atau kolej) ialah Jabatan, Bahagian/Seksyen, dan Unit. Jabatan ialah organisasi paling induk yang diketuai oleh seorang ketua yang digelar sama ada Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha Bahagian. Bahagian atau Seksyen pula merujuk kepada organisasi yang mengkhusus kepada bidang pentadbiran tertentu, seperti Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran Am. Unit pula organisasi terkecil dalam sesebuah jabatan yang menjalankan fungsi lebih mengkhusus kepada bidang tertentu seperti unit perkhidmatan dan rekod, unit pinjaman, dan unit gaji dan saraan. | Istilah | 19.03.2014 |
apakah cara penulisan yang betul apabila merujuk kepada jabatan/agensi/bahagian di bawah kementerian, adakah menggunakan huruf besar di depannya seperti Jabatan/Agensi/Bahagian di bawah Kementerian atau mengguna huruf kecil sahaja. Contoh ayat "Senarai maklumat sedia ada telah diedarkan kepada Jabatan/Agensi/Bahagian di bawah Kementerian untuk tindakan." | Jabatan/agensi/bahagian ialah kata nama khas yang ditulis dengan huruf kecil, kecuali ada frasa yang berkaitan menjadikannya kata nama khas seperti Jabatan Penerbitan dan Bahagian Penguatkuasaan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |