apakah makna "lazuardi" | Lazuardi memberikan dua definisi yang berbeza. Pertama, sj galian berwarna biru tua yang terdiri terutama drp lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi. T. kasih. | Makna | 12.07.2008 |
ingin mengetahui istilah garnet diterjemahkan dalam bahasa malaysia | Istilah garnet dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud sejenis batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata. | Istilah | 18.06.2009 |
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik di istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 27.06.2012 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Salam. Saya ingin bertanya terjemahan untuk Pyramid Stud bagi perincian mengenai batu yang menatah pada gelang seperti dalam lampiran. terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus "pyramid stud" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "gold stud", iaitu tatah emas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tatah batu permata berbentuk piramid. | Istilah | 18.07.2013 |
Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan. | Lain-lain | 04.02.2009 |
apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun. | Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi. | Makna | 29.12.2006 |