Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin Yasin | Ejaan yang betul ialah Sendirian Berhad, Sdn. Bhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. | Ejaan | 12.09.2022 |
Perkataan "powered by" selalu digunakan dalam pengiklanan dan diterjemahkan sebagai "dikuasakan oleh". Tepatkah terjemahan ini? Contoh ayat: This programme powered by Tenaga Nasional Berhad = Program ini dikuasakan Tenaga Nasional Berhad? | Terjemahan yang diberikan adalah betul. Contoh ayat: This programme powered by Tenaga Nasional Berhad Terjemahan: Program ini dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2021 |
Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. atau SDN BHD ? | Ketiga-tiga ejaan bagi perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. dan SDN BHD adalah betul, tetapi SDN BHD perlu diletakkan titik seperti SDN. BHD. | Lain-lain | 03.05.2010 |
Untuk makluman pihak tuan/puan, Perbadanan Nasional Berhad atau Pernas adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Akronim bagi Perbadanan Nasional Berhad adalah pernas. Sehubungan itu, pihak kami dalam proses pertukaran akronim daripada pernas ke PERNAS. Justeru itu, Pihak kami memerlukan pengesahan daripada pihak tuan/puan seperti perkara berikut : i. Adakah akronim bagi pernas boleh dieja dalam huruf kecil? ii. Dari segi bahasa adakah ejaan akronim pernas dalam huruf kecil betul dari segi penggunaannya? dan ; iii. Boleh ke akronim pernas dieja huruf besar? iv. Pada pandangan ejaan akronim lebih sesuai dieja dalam huruf kecil atau huruf besar? Sekian terima kasih. | Sila rujuk kamus DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020; 1694). Kata yang terakam ialah: PERNAS akronim Perbadanan Nasional. PERNAS juga dikenali sebagai Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang ditubuhkan untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk yang berkualiti. Kesimpulannya, PERNAS dieja dengan huruf besar kesemuanya. | Ejaan | 10.06.2024 |
Saya Hanim dari AXA AFFIN Life Insurance Berhad. Saya ingin memohon pengesahan logo iklan syarikat kami, AXA AFFIN Life Insurance Berhad seperti dilampirkan. Terima Kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan puan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu dan rujuk Manual Pengguna yang dilampirkan untuk memudahkan urusan puan. | Lain-lain | 31.05.2019 |
Assalamualaikum Tuan yang dihormati. Bagaimana ejaan KOPERASI PPZ BERHAD di dalam ejaan Jawi? Terima kasih. -Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff | Ejaan Jawi bagi KOPERASI PPZ BERHAD ialah کوڨراسي ڨي.ڨي.زيت. برحد
| Ejaan | 13.08.2020 |
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan DBP PKNP KPower Suria Sendirian Berhad | Ejaan Jawi bagi perkataan PKNP KPower Suria Sendirian Berhad ialah ڤي.کي.عين.ڤي. کي.ڤاور سوريا سنديرين برحد | Lain-lain | 15.02.2022 |
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHD | Ejaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad. | Ejaan | 24.05.2012 |
mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja. | Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB. | Lain-lain | 02.01.2020 |
saya ingin bertanya tentang ejaan yang betul di dalam jawi perkataan berikut Bestari global resources Sendirian Berhad | Bestari global resources Sendirian Berhad برحد سنديرين ريسورسيس ݢلوبل بستاري | Ejaan | 28.10.2014 |