Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.has.rat] | برحسرت

Definisi : mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.has.rat] | برحسرت

Definisi : ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasrat (kata nama)
Bersinonim dengan cita-cita, keinginan, niat, keazaman, harapan, iktikad, aspirasi, kehendak, idaman, impian;,
Kata Terbitan : berhasrat, menghasratkan, terhasrat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'tidak lagi berhasrat' betul ke 'tidak berhasrat lagi' betul? wujjud penanda wacana Sekadar contoh ke? atau sebagai contoh lebih sesuai?Yang betul, tidak berhasrat lagi,sekadar contoh dan sbagai contoh.  Tatabahasa07.05.2008
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih.  Makna18.04.2008
Saya berhasrat untuk menulis buku biografi tentang diri saya. Jadi, saya ingin mendapat panduan/bimbingan/kursus pendek dengan segera. harap mendapat maklum balas segera. Terima kasih.Segala program yang berkaitan dengan kursus diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002.Lain-lain27.09.2016
SAYA BERHASRAT UNTUK MENERBITKAN BUKU LATIHAN PENGUASAAN JAWI BAGI SEMUA PERINGNGKAT UMUR. KEPADA SIAPA SAYA PERLU BERHUBUNG MENGENAINYA?

Sdr boleh menghubungi alamat berikut:

 Buku bagi Pembaca Umum:

Ketua Editor, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 Buku bagi Pembaca Peringkat Sekolah:

Ketua Editor, Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur.

 Sila layarai laman sesawang DBP bagi mendapatkan perincian no. telefon dan alamat e-mel.

Lain-lain19.08.2010
Sekolah saya berhasrat menggunakan tageline seperti yang berikut: "Melestarikan Transformasi untuk Pelajar". Akronimnya ialah "MeleTuP". Mohon komen pihak DBP sama ada tepat penggunaan bahasa dan ejaannya atau terdapat kesalahan yang perlu diperbaiki?Slogan terebut perlu dibuat pindaan. Perkataan melestarikan bermaksud mengekalkan dan digunakan dalam konteks alam sekitar. Transformasi bermaksud perubahan. Penggunaan akronim tidak dibenarkan dalam slogan kecuali telah didaftarkan. Cadangan kami slogan tersebut dipinda kepada "Menggalakkan Transformasi dalam Kalangan Pelajar" atau perkataan lain yang betul aspek bahasa dan maknanya.Tatabahasa27.10.2018
Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuanUntuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa  dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa  dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my.Lain-lain21.01.2015
Tuan, saya berhasrat membuat papan iklan pada tiang lampu di dalam kawasan Kuala Lumpur dan dibawah PBT DBKL. Oleh itu, syarat diwajibkan untuk menghantar sesalinan cetakan papan iklan tersebut pada DBP untuk semakan bahasa. Jadi soalan saya, apakah talian, pegawai bertugas, dan alamat yang perlu saya hantar. Soalan ke2, bolehkah saya mewakilkan hal ini kepada pekerja saya?Untuk mendapatkan khidmat pengesahan teks bahasa Melayu dalam iklan, sila datang ke  Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang membawa visual iklan ini.  Sekiranya tuan hendak menghantar visual melalui faks, sila gunakan nombor  03 - 21422029.Lain-lain13.06.2010
Assaalamualaikum. Saya berhasrat untuk menjadi Munysi Dewan. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya juga berhasrat menghantar karya - sajak mislanya, bagaimanakah caranya?Sdr. Nazri, terima kasih kerana menunjukkan minat untuk menjadi MD. Untuk maklumat lanjut sila tunggu iklan yang akan kita siarkan melalui akhbar tahun ini. jika sdr. hendak menghantar hasil penulisan pula sila hubungi ketua bahagian sastera untuk penulisan berbentuk sastera, kt.Bhg. Penerbitan bahasa untuk buku bahasa dan sebagainya. Terima Kasih.Lain-lain21.04.2008
Assalamualaikum. Saya berhasrat untuk menerbitkan semula karya sajak allayarham Usman Awang bertajuk GURU OH GURU untuk diterbitkan dalam bentuk poster besar untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar sekolah akan kepentingan jasa guru dalam mendidik mereka. Selain itu saya juga berhasrat untuk memohon kepada pihak DBP gambar Usman Awang dalam bentuk high resolution untuk diterbitkan bersama sajak beliau pada poster terbitan saya nanti. Oleh itu, saya inginkan kepastian pihak DBP apakah penerbitan sajak GURU OH GURU berserta gambar Usman Awang tersebut tertakluk kepada tuntutan bayaran ROYALTI atau TIADA CAJ ROYALTI? Sekiranya harus dibayar royalti apakah saya harus bayar kepada DBP atau pihak lain? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam WBT. Untuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian telefon 03-21479522 atau 03-21479000. Terima kasih.Lain-lain26.03.2019
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih.

Sdr faisal,

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat">berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,  Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan

2.  Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

 (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri.

 

Tatabahasa25.02.2009
123456

Kembali ke atas