Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, dalam ayat di bawah: ... sudah terlambat bagi Safwan untuk menyesali semua yang pernah dilakukannya; berhutang! berhutang! berhutang! Pertanyaan saya, apakah kedudukan huruf 'b'selepas tanda seru itu huruf kecil ataupun huruf besar? Sebagai contoh: Berhutang! Berhutang! Bderhutang!? Seperti juga penggunaan tanda tanya Berhutang? Behutang? Berhutang? ataupun berhutang? berhutang? berhutang? sekian terima kasih.Huruf "B" dalam ayat yang diberikan perlu menggunakan huruf besar apabila memulakan ayat sama ada ditutup dengan tanda soal atau tanda seru.Tatabahasa17.09.2015
Manakah yang betul: berhutang kepada seseorang atau berhutang dengan seseorang?Frasa yang lebih tepat ialah "berhutang dengan seseorang".Tatabahasa08.12.2017
Salam, ayat yang manakah yang mempunyai struktur ayat yang lebih tepat? 1) Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara. 2) Sabrina masih berhutang kepada Maisara RM5.00. 3) Sabrina masih berhutang Maisara RM5.00. Jika kesemuanya salah, sudi kiranya tuan/puan tolong betulkan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara.
Tatabahasa01.12.2014
tuan, saya berhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Adakah ayat ini betul, tuan?Ayat yang betul ialah Saya terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terhutang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa18.01.2012
Saya tak berhutang "pada"/ "kepada"/ "dengan" awak?Jawapan yang tepat ialah Saya tidak berhutang pada awak.Tatabahasa24.10.2017
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupiSungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang.Tatabahasa19.05.2014
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasihSecara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa.

Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Makna24.05.2025
12

Kembali ke atas