Apakah terjemahan yang sesuai untuk Twin Transition? Adalah Peralihan Berkembar atau Transisi Berkembar? Pendekatan Twin Transition merujuk bahawa terdapat peluang besar yang boleh diterokai untuk teknologi dan data bagi memacu matlamat kelestarian atau kemampanan (sustainability). | Cadangan terjemahan bagi perkataan twin transition berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan ialah “transisi berkembar”. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2023 |
Selamat petang. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah: 1. Mereka sering menunggang motosikal di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. | Lain-lain | 09.06.2023 |
soalan sapert berkembar | Soalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut. Walau bagaimanapun, dinyatakan maksud "kongsi" menurut Kamus Dewan Perdana ialah 1. kumpulan yang terdiri daripada dua orang atau lebih yang mempunyai matlamat yang sama dan bekerjasama dalam sesuatu perniagaan, kegiatan dan sebagainya. 2. syarikat yang dimiliki atau dikendalikan oleh lebih daripada satu pemilik. 3. rumah atau tempat pekerja yang disediakan majikan yang biasanya terdapat di ladang getah, kelapa sawit dan sebagainya.
| Lain-lain | 22.12.2021 |
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih. | "Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar. | Istilah | 22.05.2013 |
Yang mana satukah lebih tepat sebagai nama bangunan: Menara Kembar Petronas; atau Menara Berkembar Petronas? Sekian, terima kasih. | Menara Berkembar Petronas | Tatabahasa | 30.10.2008 |
Salam, Saya ingin bertanya, adakah penggunaan ayat berikut betul? "Bangunan Berkembar Petronas berada di Kuala Lumpur." Terima kasih untuk bantuan yang diberikan :) | Penggunaan ayat "Bangunan Berkembar Petronas berada di Kuala Lumpur." ini betul. | Tatabahasa | 11.08.2020 |
Apakah predikat bagi ayat yang berikut? Tq Ketinggian Menara Berkembar Petronas 452meter. | Ketinggian[Subjek]+ Menara Berkembar Petronas 452 meter[predikat]. | Tatabahasa | 25.01.2015 |
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar? | Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar. | Lain-lain | 14.11.2008 |
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Tatabahasa | 04.06.2023 |
REGIME PACK | PEK BERKEMBAR | Istilah | 03.11.2010 |