Warna baju itu (sepadan , berpadanan) dengan kulitnya. | Perkataan yang betul ialah berpadanan yang bermaksud bersesuaian. Warna baju itu berpadanan dengan warna kulitnya. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"? | Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik; Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Apakah perbezaan dari segi penggunaan bagi sepadan dan berpadanan | Menurut Kamus Pelajar, sepadan bermaksud sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang sepadan dengan kesalahannya. Manakala berpadanan pula bermaksud tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yang diterimanya tidak berpadanan dengan tenaganya. Daripada makna tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 09.01.2017 |
Apakah maksud yang berpadanan dengan istilah bahasa Inggeris "meme". Berikut sedikit huraian maksudnya dalam bahasa Inggeris. -an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. -an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by Internet users, often with slight variations. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk meme dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan meme dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanannya yang sesuai dalam bahasa Melayu. | Istilah | 05.03.2018 |
Baju yang berwarna kuning itu sangat ( padanan , berpadanan , memadan , sepadan ) dengan kulit Maizurah yang putih melepak itu. | Jawapan yang tepat ialah sepadan. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Salam sejahtera.. Saya ingin bertanyakan adakah terdapat dalam sistem bahasa melayu berkaitan dengan "kata kehendak'...saya musykil kerana ada buku yang menulis begitu..tetapi contoh ayat yang diberi berpadanan dengan "kata perintah"..perkataan yang digunakan ialah 'Tolong doakan kejayaan saya'.. Apa pandangan pihak tuan.. Terima kasih | Encik Fadhil, Perkataan yang biasa digunakan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu dan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah kata permintaan dan digunakan dalam ayat permintaan. Kata kehendak mungkin digunakan oleh penulis buku berkenaan sebagai variasi atau penjelasan tambahan kepada kata permintaan. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuan | Untuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.01.2021 |
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih | 1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100. 2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. | Tatabahasa | 23.01.2013 |
Salam, ayat yang manakah betul? Beza masa di antara/antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam. | Kata sendi nama “antara” berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh didahului oleh kata sendi nama “di”, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan “dan”, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama “dengan”. Contoh ayat: - Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak
- Perbezaan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata.
- Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
- Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Cadangan jawapan: Beza masa antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam. | Tatabahasa | 12.07.2023 |