Salam, Tuan/puan, berpangkat besar/berpangkat tinggi yang manakah lebih tepat? Terima kasih. | Alaikumussalam. Kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi untuk yang lebih tepat ialah berpangkat tinggi. | Istilah | 07.05.2014 |
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." | a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar. b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya. | Ejaan | 31.10.2011 |
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan harus diutamakan kepada jemputan atau ketua di organisasi tersebut? contohnya, tetamu tersebut hanya berpangkat biasa tetapi ketua tersebut berpangkat professor di sesebuah ipt | Sebagai pengacara sapaan atau kata alu-aluan haruslah menyebut jawatan tertinggi dahulu, tidak kira beliau dari pihak organisasi itu sendiri atau pun dari pihak tetamu yang dijemput. Secara protokolnya sapaan atau alu-aluan menyebut jawatan tertinggi dan seterusnya ke bawah. | Lain-lain | 05.08.2016 |
Salam, bagaimanakah cara penulisan kata sapaan untuk seseorang yang berpangkat CEO syarikat swasta dan bergelar Tuan Haji? Adakah Yang Berusaha atau YBhg? | Yang Berusaha. Sapaan 'Yang Berbahagia' hanya digunakan untuk orang-orang yang bergelar seperti Tan Sri, Datuk Seri, Datul dan seumpamanya yang bukan menyandang tugas wakil rakyat. | Istilah | 01.03.2019 |
Institusi tempat saya berkhidmat ingin memberi anugerah khas kepada seorang tetamu berpangkat Tan Sri sempena majlis konvokesyen institusi. Adakah kami boleh memberi nama anugerah khas tersebut dengan menambah perkataan 'Kehormat' Contoh: ANUGERAH KEHORMAT ..(nama Institusi)... Adakah penggunaan perkataan 'kehormat' bagi anugerah mempunyai kriteria khas? | Ungkapan kehormat digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormat negara, negeri, masyarakat termasuk institusi, selain anugerah pencapaian atau kelulusan akademik. Terdapat juga konteks penggunaan kehormat bagi merujuk orang yang jasanya tidak dibayar, contohnya setiausaha kehormat. | Makna | 15.05.2019 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN BERHUBUNG PENGGUNAAN PERKATAAN "YANG DIHORMATI". APABILA MENULIS SURAT KEPADA SESEORANG BERPANGKAT TINGGI, PENGGUNAAN SINGKATAN "YANG DIHORMATI" YANG MANAKAH BETUL "YDH" ATAU "Ydh"? | Dalam surat rasmi, sapaan yang digunakan ialah tuan atau puan. Sapaan Yang Dihormati boleh digunakan dalam teks ucapan dan hendaklah ditulis penuh, contohnya Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. | Ejaan | 09.02.2010 |
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih. | Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut. | Lain-lain | 22.11.2013 |
Datuk I & Datuk II | Datuk I - bapa kepada seseorang Datuk II - Gelaran kehormat kpd. orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi | Lain-lain | 23.03.2007 |
Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih | Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. | Lain-lain | 06.12.2013 |
soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasih | Dalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Tatabahasa | 09.12.2013 |