DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian. | Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak? | 'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
Salam sejahtera..saya nak pastikan sama ada ayat ini betul atau salah. Jika salah mohon betulkan. 'Kami bersedia menerima tempahan khas daripada pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan.' terima kasih. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah kami bersedia menerima tempahan khas pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan. | Tatabahasa | 07.02.2017 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
#MOHON SEMAKAN TATABAHASA# Kami di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan anda dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan-soalan yang kerap dikemukakan terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013. | Penggunaan "Kami" jika merujuk kepada ayat tersebut agak kurang tepat dan membawa maksud yang berbeza daripada apa yang cuba disampaikan. Dicadangkan supaya ditambah perkataan yang berada dalam kurungan. Kami (sebagai ahli/pihak pengurusan) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap dikemukakan, terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013. | Lain-lain | 01.09.2015 |
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih. | Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas. | Lain-lain | 14.03.2012 |
Adakah perkataan 'aju' digunakan dengan betul dalam ayat berikut: "Adakah engkau bersedia untuk dibebani tanggungjawab besar? aju Omar kepada Xi Yang. | Menurut data kami, perkataan aju boleh digunakan. | Lain-lain | 20.10.2018 |
apamakna bahasa reseptif dan bahasa ekspresif? | Menurut Kamus Dewan, reseptif ditakrifkan sebagai mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (contohnya seperti idea baru, cadangan, dsb).Ekspresif pula ditakrifkan sebagai bukan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas. Contoh ayat untuk melihat contoh dengan lebih jelas kata ini ialah mereka begitu reseptif terhadap rancangan baru itu. | Makna | 07.01.2008 |
Apakah perbezaan antara "mahu" dengan "hendak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
| Tatabahasa | 21.11.2013 |
Salam. adakah ayat ini betul? Kita mesti sedia kepada negara. | Ayat yang lebih gramatis ialah " Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk negara." | Tatabahasa | 14.10.2013 |