Yang manakah betul, bertanya pada ataupun bertanya kepada? | Beza antara perkataan 'pada' dan 'kepada' ialah: Pada = digunakan untuk waktu dan tempat Kepada = digunakan untuk orang dan objek Lazimnya kita akan bertanya kepada orang, jadi jawapannya ialah "bertanya kepada". | Tatabahasa | 28.09.2019 |
Salam, Bertanya dengan hairannya atau bertanya kehairanan yang betul? tq | Contoh ayat yang betul ialah "Bertanya dengan hairannya." | Lain-lain | 17.02.2020 |
perbezaan antara perkataan menanya and bertanya Ayat yang manakah betul ? Ayat: 1. Pada hari Ahad, Ana bertanya kepada ibunya... 2. Pada hari Ahad Ana menanya ibunya... | Menanya bermaksud bertanya kepada; dan bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu. Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
"bertanya soalan kepada" atau "bertanyakan soalan kepada" mana satu betul | Fras yang betul ialah bertanyakan soalan. | Tatabahasa | 25.08.2016 |
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasih | Puisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 08.09.2016 |
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi akan berkhatan. Adi bertanya tentang kesakitan berkhatan. Adi bertanya kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Adi akan berkhatan dan dia bertanya tentang kesakitan berkhatan kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
yang manakah betul: 1) selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek 2) selalu bertanya khabar dengan datuk dan nenek 3) jika 1) dan 2) salah, minta pihak dbp beri ayat yang gramatis Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah (1) Selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.04.2019 |
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas? | 1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. 2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan. 3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.” | Tatabahasa | 13.07.2019 |
ingin bertanya: mana satukah adalah betul? Prapersediaan atau pra persediaan. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Prapersediaan | Ejaan | 06.12.2019 |
Mohon bertanya apakah yang membezakan penggunaan dua perkataan di bawah, adakah ia mempunyai perbezaan makna dan fungsi? Pengarang Penulis Kepengarangan Penulisan Terima kasih. | Maksud "pengarang" / "penulis" ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya)."Kepengarangan" pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). | Sastera | 16.09.2019 |