Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hello DBP, Bolehkah kata ganti diri 'mereka' digunakan untuk haiwan? Misalnya: Anak-anak ayam itu berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat. Mereka kelihatan kesejukan.Kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) hanya digunakan untuk manusia. Boleh ubah suai ayat menjadi  “Anak-anak ayam yang berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat itu kelihatan kesejukan” .Tatabahasa20.03.2014
Yang manakan betul? 1. Ahmad dan keluarganya berteduh di bawah ( sebatang, sepohon ) pokok yang rendang.Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok".Ejaan29.03.2016
Pohon rendang itu amat sesuai dijadikan tempat berteduh sementara menunggu giliran untuk berlari. munsyi, adakah ayat ini betul? TQAyat ini betul. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
1.Kenapakah frasa ibu bapa tidak diletakkan antaranya tanda sempang? 2.Apakah maksud equatif? 3.Adakah sebarang ayat yang mengandung unsur keterangan adalah ayat majmuk? 4.Ayat :..berteduh /berlindung di dalam pondok ketika hujan. 5.Apakah soalan ramalan karangan STPM tahun 2011?

1. Ibu bapa ialah kata majmuk dan kata majmuk dieja dua perkataan melainkan yang telah mantap sahaja dieja satu perkataan seperti warganegara, setiausaha dan olahraga.

2. Perkataan equatif tidak ada dalam sumber rujukan kami.

3. Tidak semestinya ayat majmuk, ayat tunggal juga boleh mengandung unsur keterangan yang menerangkan predikat.

4. Kedua-duanya betul.

5. Untuk urusan peperiksaan sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tatabahasa02.11.2011
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awamKemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme.Makna09.02.2008
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut? Ali berehat di bawah pokok besar yang __________. A redup B teduh Mohon beri penjelasan yang lanjut.Ali berehat di bawah pokok besar yang teduh. Namun ayat ini agak mengelirukan, ayat yang lebih baik ialah Ali berteduh di bawah pokok besar.  Mengikut Kamus Dewan, teduh bermaksud  terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg teduh kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya;Tatabahasa25.08.2014
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih.Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa17.06.2009

Kembali ke atas