Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.pa.tan] | برتڤتن

Definisi : 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak bersalahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan kebetulan pula, berkebetulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.pa.tan] | برتڤتن

Definisi : 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih.TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN.Tatabahasa07.04.2011
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti.Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu  Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat.Lain-lain22.01.2018
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia Istilah25.04.2008
menggunakan_________surat khabar sebagai lapik duduk. A sekerat C sekeping B sehelai D selembar MUNSYI, JAWABAN IALAH SELEMBAR,ADAKAH JAWABAN INI BERTEPATAN? tk PETUNJUK MUNSYI SELAMA INIJawapan yang betul ialah sehelai.Tatabahasa11.04.2012
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
Adakah perkataan "berzina" tabu dalam konteks umum?

Perkataan berzina terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan dalam konteks yang bertepatan dengan maksudnya.

Lain-lain19.04.2011
Apakah terjemahan untuk "ground arrangement" iaitu istilah yang biasa digunakan dalam industri agensi pelancongan? Cadangan saya ialah "pengaturan darat" atau "pengaturan atas tanah". Mohon khidmat nasihat untuk istilah yang bertepatan.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Istilah24.02.2019
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuanIstilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan.Istilah26.11.2009
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu.Tatabahasa13.10.2018
1234

Kembali ke atas