Adakah perkataan "berzina" tabu dalam konteks umum? | Perkataan berzina terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan dalam konteks yang bertepatan dengan maksudnya. | Lain-lain | 19.04.2011 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu? | Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan. | Makna | 25.07.2006 |
saya ingin mendapatkan peribahasa melayu atau yang berkenaan dengan maksud berikut: contoh: - syarikat mendapat anugerah Geneva. jadi, sebelum dan selepas ini, tiada siapa lagi yang akan menggondol pingat yang sama sampai bila-bila pun. | Kalau tak silap saya peribahasa yang berbunyi sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi agak bertepatan dengan soalan sdri. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan yang disebutkan itu, belum diketahui lagi. Terima kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...? | Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2009 |
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin | Untuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
| Tatabahasa | 26.02.2013 |
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasih | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut. | Istilah | 15.02.2012 |
apakah erti bahasa secara umumnya? dan apakah erti gender secara umumnya? | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa menjadi medium komunikasi antara manusia. Bahasa dilafazkan melalui simbol yang diterima pakai oleh sesuatu masyarakat. Bahasa boleh digunakan sama ada secara lisan dan tulisan. Kategori bahasa dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti bahasa suku kaum, bahasa daerah dan bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan identiti sesuatu masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan ' Bahasa Jiwa Bangsa'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkaitan bahasa yang ada di pasaran. Gender ialah jantina atau dalam bidang Linguistik bermaksud golongan jenis kata dalam tatabahasa seperti maskulin, feminin dan neuter. | Makna | 09.08.2008 |
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasih | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 30.11.2012 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang sistem pernomboran dalam Minit Mesyuarat. Amalan sebahagian besar jabatan kerajaan ialah menggunakan sistem nombor 1, 2, 3 dan roman untuk setiap agenda yang berlainan (seperti lampiran). DBP juga melalui jawapan dalam Khidmat Bahasa menggunakan sistem yang sama. Walau bagaimanapun, ada jabatan kerajaan (JPN) yang mengarahkan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran mereka menggunakan sistem pernomboran yang berbeza dalam penulisan minit mesyuarat mereka. Menurut mereka amalan ini diambil berdasarkan Contoh Minit Mesyuarat dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 (dilampirkan). Adakah tafsiran mereka berkaitan contoh minit ini betul? Jika tafsiran itu salah, bagaimanakah salurannya untuk kita menjelaskan bahawa tafsiran sebenar tentang contoh minit tu tidak bertepatan dengan sistem pernomboran dalam penulisan minit mesyuarat? | Dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Selain itu, format minit mesyuarat ditentukan oleh jabatan/organisasi masing-masing. Hal ini disebut sebagai gaya penerbitan sesebuah jabatan/organisasi dan jabatan/organisasi tersebut boleh mengarahkan jabatan/bahagian/organisasi di bawahnya mengikut format yang sama. | Lain-lain | 16.04.2012 |