adakah tanda sempang diperlukan dalam perkataan berterus terang? ini kerana dalam kamus online dieja (i) berterus terang dan ada juga dieeja (ii) berterus-terang mohon kerjasama melihat bahagian lampiran. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang. Sila rujuk Kamus Pelajar, Edisi Kedua untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. | Tatabahasa | 14.08.2017 |
Penggunaan kata sendi nama manakah yang betul? – berterus terang kepada/terhadap/dengan seseorang | Semua Penggunaan kata sendi nama betul: 1. berterus terang kepada seseorang 2. berterus terang terhadap seseorang 3. berterus terang dengan seseorang | Tatabahasa | 21.07.2020 |
Salam, Boleh pihak tuan jelaskan berterus-terang atau berterus terang, ada sengkang atau tidak? kedua-duanya terdapat di dalam prpm. | Dalam Kamus Dewan tiada (-), yang ada ialah dalam Kamus Pelajar edisi yang belum diperbaharui. Oleh itu, berterus terang betul. Sila rujuk Kamus Pelajar edisi yang kedua untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Apakah perbezaan antara "izini" dengan "izinkan"? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Contoh pertama, Ahmad mengizinkan/ mengizini Shami tinggal di rumahnya. (Sekiranya "mengizinkan", maka bermaksud, Ahmad memberikan Shami izin untuk tinggal di rumahnya . Bagaimana pula sekiranya "izini"?). Contoh kedua, Musri menjawab, "Izinkanlah/ Izinilah saya berterus terang." Dalam kedua-dua ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah izini atau izinkan? Mohon beri pendapat. Sekian, terima kasih. | Yang baku ialah izinkan dan tidak ada contoh penggunaan izini dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan mengizini tidak ada contoh penggunaan kata terbitan tersebut, yang ada perkataan mengizinkan yang bermaksud memberi izin kepada - Ahmad mengizinkan Shazimi tinggal di rumahnya dan Izinkanlah saya berterus terang. | Tatabahasa | 03.06.2010 |
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan | Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus. | Tatabahasa | 11.03.2014 |