bagaimana saya mahu menghantar karya2 saya... | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, esei dan kritikan sastera serta drama bolehlah dihantar ke pelbagai majalah terbitan DBP seperti majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan - pilihan sdr), Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur . Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekianlah dimaklumkan. | Lain-lain | 04.08.2010 |
damar | bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok | Makna | 22.12.2008 |
Setiap ayat yang berupa soalan, selepas tanda soal ? perlu lagi kita meletakkan tanda ( . ) atau tidak perlu. CONTOH. Awak berasal daripada mana?. Harap mendapat jawapan. terima kasih. | Tidak perlu ada tanda noktah selepas tanda soal. | Lain-lain | 26.12.2008 |
bagaimana saya mahu menghantar karya berupa cerpen dan puisi ke Dewan Siswa? | Sila berhubung dengan Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.12.2009 |
Perumpamaan | Perumpamaan ialah peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Contoh : Bagai aur dengan tebing. | Makna | 06.10.2008 |
Dalam bahasa Inggeris terdapat tanda "dash"(---) yang berupa seperti tanda sempang(-) tetapi lebih panjang sikit. Menurut wikipedia bahasa Indonesia, ia dikenali sebagai "tanda pisah" yang fungsinya berbeza dengan tanda sempang. Soalanya, adakah tanda baca ini wujud dalam bahasa Melayu? Sekirannya ia wujud, apakah namanya? | Dalam buku Gaya Dewan, tanda baca tersebut ialah Tanda Pisah yang berfungsi memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau sesuatu siri idea dan menggantikan perkataan hingga.
| Ejaan | 11.06.2012 |
Saya ingin meghantar karya, bagaimana caranya? | Assalamualaikum wbk. Ada dua cara untuk menghantar karya sastera iaitu: 1. Karya berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, drama, esei dan kritikan bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KualaLumpur. 2. Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian dimaklumkan. Terima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 02.08.2010 |
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
12Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Lihat penggunaan kata sendi nama adalah dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |