Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasihAyat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan.

Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata.
Tatabahasa23.07.2013
Saya ingin meghantar karya, bagaimana caranya?

Assalamualaikum wbk. Ada dua cara untuk menghantar karya sastera iaitu:

1.   Karya berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, drama, esei dan kritikan bolehlah dihantar ke alamat:

      Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803,

      50926 KualaLumpur. 

2.   Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan 

      kritikan) bolehlah dihantar  ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa

     dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih dan wassalam.

Lain-lain02.08.2010
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
1.apakah kesalahaan ayat ini? - cawan ialah bekas minuman. 2.bagaimanakah hendak digunakan ialah dan adalah? 3. yang manakah betul antara - sampah-sarap dengan sampah sarap

1. Cawan ialah bekas minuman - tidak mengandungi sebarang kesalahan.

2. "Ialah" digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Contohnya: Anak ialah anugerah Allah SWT, manakala "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.

3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan yang betul ialah sampah sarap, tidak perlu diletakkan tanda sempang kerana perkataan sarap membawa makna tersendiri. 

 Terima kasih.       

Tatabahasa16.01.2008
1) APAKAH MAKSUD ATAU TAKRIFAN SEBENAR MEDIA CETAK DAN APAKAH JENIS-JENIS MEDIA CETAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 2) SILA HURAIKAN PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAKU. 3)SEJAUH MANAKAH MEDIA CETAK DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM PENULISANNYA.Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll). Peranan media cetak dalam memartabatkan bahasa Melayu memang banyak. Ini dapat dilihat dalam akhbar arus perdana yang terdapat pada hari ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti buku-buku dan sebagainya. Akhbar di Malaysia memang menggunakan bahasa baku dalam penulisannya. Perlu juga diingat bahawa yang membezakan gaya penulisan dalam setiap bahan bercetak ialah laras bahasa yang digunakan. Misalnya, dalam bidang undang-undang, penulis akan menggunakan laras bahasa undang-undang dalam menyampaikan maklumatnya. Begitu juga dalam bidang sukan, politik, sains dan pelbagai disiplin ilmu lain, penulis akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan apa yang hendak dipaparkan dalam tulisannya. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
1) Wadah manakah yang sesuai bagi saya menghantar karya saya seperti cerpen atau sajak yang bertemakan remaja dan kanak-kanak? 2) Bagaimana caranya atau syarat-syarat untuk saya menghantar hasil tulisan saya.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kami amat berbesar hati atas minat puan untuk menghantar karya bertemakan kanak-kanak dan remaja. Sekiranya karya tersebut berupa novel atau koleksi cerpen, puan boleh menghantarnya ke Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya puan dalam bentuk sebuah cerpen atau sajak, maka puan boleh menghantarnya ke DBP untuk disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa atau Tunas Cipta mengikut kesesuaian. Sekiranya puan berhajat untuk menghantar kepada penerbit selaian DBP, puan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak editorial majalah seperti Bintang Kecil, Anis dan sebagainya.

2. Untuk mengetahui tentang cara atau syarat-syarat menghantar karya tersebut, sila hubungi alamat seperti yang tertera di bawah, iaitu bagi penerbitan DBP:

Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Siswa, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Pelajar, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain08.07.2010
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat?1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan.  2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. Ejaan18.06.2008
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009

Dua perkataan tersebut berbeza maknanya:

1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki.

Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.

2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata.

Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat.

Makna18.02.2009
Saya pernah menjadi peserta penulisan kreatif JPS dan DBP pada 13 Mei 2011. Saya mempunyai koleksi cerpen dan puisi. Solaan saya: 1. Saya ingin menerbitkan karya-karya saya, sebagai bukti untuk mendorong pelajar-pelaar saya di sekolah, bagaimana langkah permulaannya?. 2. Beberapa karya saya yang diterbitkan di Berita Harian, bolehkah diterbitkan melalui DBP? Saya seorang guru di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis,Saudara boleh menghantar karya sastera berupa sajak, cerpen dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Untuk makluman saudara pihak penerbit yang telah menerbitkan sesuatu karya menjadi pemegang hak cipta karya berkenaan.  Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Lain-lain11.07.2011
12

Kembali ke atas