kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu? | Untuk makluman, perkataan makhluk asing tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan. | Tatabahasa | 16.03.2020 |
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009 | Dua perkataan tersebut berbeza maknanya: 1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki. Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. 2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata. Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat. | Makna | 18.02.2009 |