Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud “berlonggokan”? Adakah perkataan ini sama maksud dengan “berlonggok”?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata berlonggokan bermaksud berlonggok dalam jumlah yang banyak atau di sana sini, manakala berlonggok pula bermaksud 1. (berkenaan buah, kain, sampah dsb) berada dalam himpunan yang seakan-akan bukit kecil; 2. (berkenaan orang atau haiwan) berkumpul dan berkelompok di sesuatu tempat; 3. kiasan (berkenaan harta, kerja dsb) banyak jumlahnya.

Untuk memperoleh maklamat dalam kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna07.12.2024
hari sukan ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil.Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa29.06.2013
Salam sejahtera. Hari sukan dan hari guru perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih.Frasa nama seperti hari  sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru,  ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa15.01.2013
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju.

2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas.
3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa;  Melentur biarlah waktu rebung.
 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.
7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan  yang terpermanai.
 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni.
 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta  hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk  mencapai negara yang bertamadun.

 

Tatabahasa24.08.2018
apakah itu dbp? apakah kepentingan dbp kepada masyarakat?

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah mengunjungi laman web www.dbp.gov.my

Lain-lain21.08.2008
Perlukah "hari sukan" dan "hari sukan tahunan" dikehendaki tulis dalam huruf besar dalam setiap perkataan yang pertama?Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas.  Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa05.11.2013
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasihBulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman.Tatabahasa30.04.2014
di mana boleh saya dapatkan profil organisasi dbp? boleh berikan sedikit maklumat berkenaan profil organisasi?

Terima kasih kerana menggunakan KNDBP.  Maklumat berkenaan profil DBP boleh didapati dengan melayari laman web dbp iaitu www.dbp.gov.my di bawah ikon "organisasi".  Serba sedikit maklumat berkenaan profil DBP adalah seperti yang berikut:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Lain-lain09.10.2008
faktor dewan bahasa dan pustaka di tubuhkan

Saudari boleh merujuk laman web DBP di http://www.dbp.gov.my untuk  soalan yang dikemukakan dan maklumat-maklunat lain yang diperlukan. Sejarah penubuhan DBP termasuk objektif penubuhan,  visi dan visi boleh didapati di bawah tajuk Organisasi di seksyen pengenalan/profil.  Bagaimanapun bersama ini disertakan juga maklumat yang diperlukan untuk makluman. Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Lain-lain23.08.2008
12

Kembali ke atas