Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa... | Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Pada peringkat / di peringkat? | Pada peringkat. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.04.2018 |
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif | 1. jawapan yang betul ialah pada peringkat. 2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Ayat-ayat berikut yang mana betul a) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu. b) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung pada sejumlah faktor tertentu. | Pada. | Lain-lain | 27.04.2014 |
Maaf. sambungan soalan yang tadi. Sekiranya majlis konvokesyen digunakan, adakah ia hanya terhad untuk menyampaikan di peringkat ijazah sahaja? Memandangkan Jabatan ini hanya mengeluarkan graduan/ siswazah di peringkat sijil sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Majlis penyampaian sijil tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. Cadangan yang sesuai ialah Majlis Penyampaian Sijil Institut Latihan Perhutanan Ke-33. | Tatabahasa | 12.04.2019 |
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini. | 1. Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak. Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik). 2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain. Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru. sekian | Lain-lain | 24.05.2010 |
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" lebih tepat berdasarkan tatabahasa? Pada pengetahuan saya, "peringkat" bermaksud tahap. Tetapi, adakah "tahap" ini melibatkan masa? Jika melibatkan masa, maka kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan perkataan "peringkat" kerana salah satu fungsi kata sendi nama "pada" ialah "pada" menerangkan waktu. Saya rasa bahawa frasa "di peringkat" tidak betul kerana kata sendi nama "di" hanya menunjukkan tempat, sedangkan perkataan "peringkat" tidak membawa maksud tempat. Berhubung dengan masalah ini, apakah pendapat cikgu? | Fras yang betul ialah "pada peringkat". Penerangan yang tuan sampaikan itu betul. | Tatabahasa | 04.08.2014 |
Bagaimanakah untuk membezakan "di peringkat" dan "pada peringkat"? Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa tiada jawapan yang tepat yang diberikan oleh pihak tuan kerana kadangkala pihak tuan menjawab bahawa "pada peringkat" itu betul, tetapi apabila sampai peringkat penggunaannya, pihak tuan menggunakan "di peringkat". Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "pada peringkat" kerana kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
dari segi tatabahasa, yang mana satukah betul penggunaan 'di' dan 'pada': - di peringkat atau pada peringkat - di setiap atau pada setiap | pada peringkat dan pada setiap. | Tatabahasa | 17.08.2015 |