Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” sewajarnya diterjemahkan sebagai “dalam” atau “di dalam” mengikut konteks ayat di atas.
Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
Tatabahasa13.03.2020
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Frasa manakah yang betul penggunaannya? 1....seperti pada ketetapan berikut ATAU pada ketetapan seperti berikut 2....seperti pada Lampiran A ATAU seperti di Lampiran A? 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. ATAU sukacita dimaklumkan, pihak urus setia.. 4. hingga ATAU sehinggaFrasa yang betul ialah:
1....seperti pada ketetapan berikut: 
 2..... seperti pada Lampiran A 
 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia..
4. hingga dan  sehingga - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.
Tatabahasa13.03.2019
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
1. Apa beza penggunaan antara perkataan hingga dengan sehingga. 2. Dalam ayat pasif,penggunaan kata 'oleh'wajib atau tidak. contoh buku dibaca oleh Ahmad/buku dibaca Ahmad

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

Tatabahasa03.05.2010
Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannyaTatabahasa05.12.2012
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut:
12.00-1.59 tengah hari;
 2.00 - 6.59 petang;
7.00- 11.59 malam;
12.00- 12.59 tengah malam;
1.00- 11.59 pagi.
Tatabahasa02.01.2013
123

Kembali ke atas