baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta? | Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010. | Lain-lain | 29.09.2010 |
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih. | Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih. | Lain-lain | 11.11.2009 |
Boleh beri saya nama pengarah Unit Hak Cipta dan email beliau. Saya ingin bertanya tentang hak cipta buku saya. | Ketua Bahagian Harta Intelek ialah Puan Hajah Asiah binti Daud. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel asiah2@dbp.gov.my | Lain-lain | 09.11.2012 |
Mengikut Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah HAK CIPTA. Namun pihak MYiPO, menggunakan ejaan HAKCIPTA kerana menurut mereka itu istilah undang-undang. Jika demikian, tidak salahlah kalau stesen ASTRO dan kebanyakan laman sesawang mengeja HAKCIPTA TERPELIHARA. Jika tidak betul, pihak DBP seharusnya membetulkannya. Terima kasih. | Kata hak cipta tetap dieja sebagai dua perkataan termasuklah penggunaannya sebagai istilah undang-undang. Hak cipta dieja sebagai satu perkataan dalam nama khas sahaja seperti Kesatuan Hakcipta Berne. | Istilah | 13.07.2010 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin menghantar karya saya ke syarikat penerbitan tetapi saya tidak tahu apakah saya perlu daftarkan dulu hakcipta karya saya atau bagaimana. TQ | Untuk makluman, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta di Malaysia. Pemberian hak cipta adalah secara automatik tertakluk pada beberapa syarat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk hlm. 33 buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley terbitan DBP 2010. Oleh itu jika anda telah memenuhi syarat tersebut, anda bolehlah menghantar karya itu kepada mana-mana penerbit yang dipilih. | Lain-lain | 15.10.2010 |
Salam Encik, Saya ingin bertanyakan berkenaan yang dialih bahasa daripada bahasa Engeris ke bahasa MElayu. Perkataannya ialah : Patent-pending adakah betul sekiranya di alih bahasa ke : hak cipta terpelihara harap Encik dapat membantu | Padanan istilah hak cipta terpelihara dalam bahasa Inggeris ialah all rights reserved. Merujuk pertanyaan saudara, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan patent diterjemahkan sebagai paten, manakala pending diterjemahkan sebagai masih belum selesai. | Istilah | 09.12.2009 |
apakah garis panduan hak cipta DBP? | Assalamualaikum, Kami kurang jelas dengan soalan yang dikemukakan. Mohon sedikit penjelasan. Selepas ini saudara boleh e-mel terus soalan saudara ke hashimah@dbp.gov.my atau noraida2@dbp.gov.. Terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2008 |
Mohon pihak DBP membuat semakan tatabahasa terhadap ayat berikut: Penafian: Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk pernerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | Ayat yang berikan adalah betul kecuali penggunaan tanda baca yang perlu dibaiki seperti yang berikut: | | Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpeklihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat,pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | |
| Tatabahasa | 19.12.2012 |