Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.
| Lain-lain | 26.05.2023 |
Adakah "proprietary technology" dalam BM menjadi "proprietary hak milik sendiri" ? (milik syarikat) contoh ayat: "Repairs using our proprietary technology." menjadi "Pembaikan menggunakan tenologi hak milik sendiri" ? | Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). Dalam konteks bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah "proprietary technology" dalam bahasa Melayu ialah “teknologi hak milik”. Walau bagaimanapun, padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu. Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang: www.prpm.dbp.gov.my. | Istilah | 11.09.2023 |
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab. | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 19.07.2012 |
1)hak milik 2)e-mel | 1)hak milik 2)e-mel | Ejaan | 09.09.2011 |
1) adakah perkataan "hak milik" merupakan kata majmuk? sila berikan penjelasan... 2) adakah perkataan "selepas" merupakan kata tunggal?? apakah proses yang terjadi dalam perkataan "selepas", kerana kata dasarnya adalah "lepas" | Saudara Norliana, i. Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep. ii. Kata selepas ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Apakah perkataan BM untuk "Proprietary". Contoh: "Proprietary technology", konteks adalah teknologi buatan sendiri/hak milik syarikat. Adakah "proprietari" boleh digunakan dalam BM? | Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu. Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang: www.prpm.dbp.gov.my.
| Istilah | 06.09.2023 |
Ayat mana yang betul a) Hakmilik GRN 1234 dikategori sebagai hakmilik hancur b) Hakmilik GRN 1234 diklasifikasi sebagai hakmilik hancur Yang mana betul a atau b | Ayat yang betul, Hak milik GRN 1234 diklasifikasikan sebagai hak milik hancur. | Tatabahasa | 17.12.2015 |
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan. | Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti". | Makna | 17.07.2020 |
Assalamualaikum... Macam mana nak buat perakuan hak milik dan surat iringan bagi tujuan penghantaran manuskrip?? Nak dapatkan dari mana? | Waalaikumsalam. Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Penerbitan di talian 03-2147 9536/9537 | Karya | 12.02.2015 |