Ejaan yang mana betul, hal ehwal atau hal-ehwal? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah hal ehwal. | Ejaan | 21.05.2012 |
Yang manakah betul ? (a) ' Gambar Ahli-ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar' ATAU ' Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar'. (b) 'Gambar Ahli-ahli Majlis Profesional' ATAU ' Gambar Ahli Majlis Profesionali' . Terima kasih atas bantuan selama ini. | Encik Wong, Yang betul ialah: i. Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar ii. Gambar Ahli Majlis Profesional | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Klausa yang betul ialah: 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan.... 2. Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Apakah bentuk kata bagi kata ' hal ehwal' ? Terima kasih. | Saudara, "Hal Ehwal" tergolong dalam bentuk kata nama. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan? | 1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian http://prpm.dbp.gov.my/ 2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476. | Lain-lain | 17.05.2018 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih. | 1. Simbol & perlu dieja penuh "dan". 2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan 3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan 4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2017 |
Adakah betul penggunaan ayat ' santun siswa' dalam logo untuk hebahan di laman sesawang/poster Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM? - Logo seperti di lampiran | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'santun' bermaksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Perkataan 'siswa' pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). Jadi tiada masalah jika perktaan tersebut digunakan sebagai slogan dalam logo tersebut. | Makna | 25.04.2019 |
adakah betul ejaan jawi untuk katanama berikut: 1. PUSAT PERUMAHAN PELAJAR ڤوست ڤرومهن ڤلاجر 2. BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR بهاݢين هال اهوال ڤلاجر 3. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI ڤوست کصيحتن اونيۏرسيتي | Ejaan yang dicadangkan adalah betul, kecuali حال احوال . | Ejaan | 29.06.2015 |
Apakah maksud bagi perkataan KEGIATAN EKONOMI ? | Secara literal kegiatan ekonomi bermaksud usaha atau kerja yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi. | Makna | 20.06.2015 |