[hé.boh] | هيبوه
Definisi : (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan kegemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggemparkan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat supaya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ peristiwa yg menimpa keluarganya; kehebohan keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hé.boh] | هيبوه
Definisi : /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)