Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk; menghingari mengganggu orang dgn mem­buat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu; menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~; kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg meng­gamatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingar­kan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehi­ngaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingar (adjektif)
Bersinonim dengan bising, riuh, bingar, kecoh, ribut, gempar, gamat, gegak, honar, hiruk, bebar, taru;,
Kata Terbitan : hingar-bangar, menghingarkan, kehingaran,

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera, Perkataan yang manakah betul: hingar-bingar / hingar bingar? Adakah ia tergolong dalam kata ganda? Terima kasih.Yang betul ialah hingar-bingar. Bagi mendapat keterangan lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239 - 241.Ejaan23.06.2008
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel

1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk.

2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat.  Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. 

Tatabahasa20.06.2011
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan yang telah saudara berikan sebelum ini mengenai perkataan kata ganda "hingar-bingar". Namun saya masih keliru kerana berdasarkan kamus dewan edisi keempat, m.s 538 (hingar) dan m.s 189 (bingar) menunjukkan yang ia bukan kata ganda.Perkataan hingar dan bingar mempunyai makna tersendiri, iaitu sangat bising dan bising. Oleh itu perkataan ini bukan kata ganda. Mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sebelum ini.    Tatabahasa25.06.2008
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tqHingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.07.2011
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih.

Salam sejatera,

Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).'

 

 

Tatabahasa02.12.2012
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda?hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. Tatabahasa03.04.2008
Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"?Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan.  Tatabahasa18.07.2008
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. tuan, jawapan yang salah dalam ayat ini ialah "diberitahukan" adakah benar? saya tidak faham mengapa "dengar" adalah betul dalam ayat ini tanpa menggunakan imbuhan. tqPenggunaan perkataan 'dengar' dalam ayat tersebut adalah salah. Ayat yang betul ialah 'Saya tidak mendengar apa-apa yang yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar.'Tatabahasa26.07.2011

Kembali ke atas