1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih. | Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Lain-lain | 09.03.2017 |
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua. | 1) Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan uzur adalah tua. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
Mohon nasihat mengenai penggunaan ialah/adalah dalam ayat yang berikut: Ini ialah/adalah kad baharu anda. | Ayat yang betul ialah Ini kad baharu anda. Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu. | Tatabahasa | 09.02.2021 |
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) | 1. 1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat: a) Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN) b) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN) c) Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN) Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. a) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA) b) Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS) c) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA) 1. Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. 2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.
| Tatabahasa | 26.09.2021 |
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |
Salam sejahtera, Pertanyaan ini mengenai kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Apakah kata pemeri yang betul untuk digunakan sebelum penjodoh bilangan? Sebagai contoh: "Kereta tersebut ialah/adalah sebuah kereta berwarna merah." Contoh kedua, "Ini ialah/adalah satu penganiayaan." Jika dibuang penjodoh bilangannya, sememangnya 'ialah' digunakan. Tapi adakah 'adalah' digunakan jika penjodoh bilangan diletakkan sepertimana jika diletakkan kata sendi sebelum kata nama? Sekian, terima kasih. | Kata pemeri tidak sesuai digunakan sebelum penjodoh bilangan. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 06.10.2015 |
Salam, dalam ayat di bawah penggunaan ialah atau adalah yang lebih tepat? 1. Panjang AB ialah/adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah/adalah dua kali umur Abu. | Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Maka ayat yang betul ialah: 1. Panjang AB adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah dua kali ganda umur Abu. | Tatabahasa | 07.07.2023 |
Kebaikan makan buah-buahan (ialah/adalah) dapat menyihatkan badan kita. | Ayt yang betul: Kebaikan makan buah-buahan dapat menyihatkan badan kita. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 25.09.2018 |
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 3. Anak ialah anugerah Allah 4. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 5. Pada abad ke-20 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 7. Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian 8. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah
| Tatabahasa | 29.10.2016 |