penggunaan ialah dan adalah...perbezaannya? | Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.ntara ialah dan adalah:
| Tatabahasa | 29.10.2015 |
Bilakah boleh digunakan ialah, adalah dan merupakan | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam ayat penyata penggunaan yang betul ialah dan adalah. Untuk melihat maksud dan konteks penggunaan perkataan merupakan, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merupakan. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Bilakah penggunaan ialah dan adalah digunakan ? | Perkataan "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri." Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 03.09.2024 |
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketika | Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 18.12.2014 |
Salam sejahtera pihak KNDBP dan Salam Ramadan 1437H Boleh pihak DBP jelaskan kepada saya secara terperinci perbezaan penggunaan antara 'ialah' dan 'adalah' dan juga contoh kesalahan umum melibatkan dua perkataan tersebut Sekian, terima kasih | Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama; manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 26.06.2016 |
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua. | 1) Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan uzur adalah tua. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
penggunaan ialah dan adalah: 1) jika frasa kerja di belakang, kita guna ialah atau adalah? contoh: Antara kepentingan semangat kejiranan (ialah/adalah) melahirkan masyarakat yang harmoni. Hobi saya (ialah) bermain bola. 2) saya difahamkan bahawa 'adalah' digunakan sebelum frasa sendi nama. sebelum perkataan "dapat" atau "boleh" boleh tak guna 'adalah'? | Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata Pemeri tidak digunakan dalam frasa kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ayat betul yang diberikan oleh tuan ialah: 1. Antara kepentingan semangat kejiranan adalah untuk melahirkan masyarakat yang harmoni. 2. Hobi saya bermain bola (tidak perlu kata pemeri). Kedua-dua perkataan "dapat" atau "boleh" tidak boleh digandingkan dengan adalah. | Tatabahasa | 09.03.2018 |
beza penggunaan ialah dan adalah | Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN). Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Salam & selamat pagi, Apakah golongan kata bagi perkataan 'entah'? Ialah dan adalah - kata pemeri Tidak dan bukan - kata nafi Entah - ? Sekian, terima kasih. | Entah ialah kata keterangan. | Tatabahasa | 31.05.2016 |
Salam sejahtera, Pertanyaan ini mengenai kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Apakah kata pemeri yang betul untuk digunakan sebelum penjodoh bilangan? Sebagai contoh: "Kereta tersebut ialah/adalah sebuah kereta berwarna merah." Contoh kedua, "Ini ialah/adalah satu penganiayaan." Jika dibuang penjodoh bilangannya, sememangnya 'ialah' digunakan. Tapi adakah 'adalah' digunakan jika penjodoh bilangan diletakkan sepertimana jika diletakkan kata sendi sebelum kata nama? Sekian, terima kasih. | Kata pemeri tidak sesuai digunakan sebelum penjodoh bilangan. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 06.10.2015 |