1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan? | Encik Logeswari, Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan. | Istilah | 25.06.2010 |
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah | Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul). | Tatabahasa | 10.04.2011 |
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK | 1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya. 2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan". | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih. | Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |